Pages

Wednesday, January 25, 2012

hari ke 2 raya cina


bersamaan 24 Jan 2012
en.suami kelihatan sangat ceria..
"jom kita makan burger nak x?agak2 ada lagi x prosperity..?"en. suami mengajak aku dengan maksud, x yah la masak ari nie..aku pun on jer la..sampai di depan zoo orang ramai sgt..maklumla cuti sekolah..

wajah en. suami 3 hari sebelum kejadian


"yang..pegang tgn umair nie yang.."sambil aku pegang tgn farhah dan mata melihat di seberang jalan..tetapi bila ku toleh ke arah en. suami, dia dah tertiarap di tepi van...entah bila en. suami terjatuh aku pun tak perasan..kebetulan van tu memang dipakir di situ..
"Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah.."hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut aku sambil aku cuba memusingkan badan suami..tapi apa la daya aku seorang wanita..
"tolong...tolong..tolong suami saya"kataku sambil memandang pemandu kereta yang berada di sebelah..seorang cina yang juga kelihatan panik dengan apa yang berlaku..
"call ambulan..call ambulan.."katanya kepada si isteri yang turut sama berada di dalam kereta sambil berlari turun dan mendudukkan en. suami yang penuh berlumuran darah..tapi matanya tidak pejam dan menunjukkan en. suami tidak pengsan..cuma mungkin mamai..
farhah mula menangis bila melihat darah yang penuh dimuka, baju dan seluar en. suami...
"boleh bagi saya tisu x..?"tanya ku kepada chinese yang membantu tadi sambil sebelah tangan memeluk farhah yang masih menangis..setelah mendapatkan tisu, aku mula mengelap darah yang memenuhi muka en.suami..ternyata terdapat luka yang dalam betul2 bersebelahan mata kiri..mungkin terkena ekzos van tempat jatuh tadi..aku sempat menoleh pada ainul farhah yang mula diam apabila tangannya dipegang abangnya umair hariri..
"lap pakai nie.."kain lampin dihulur oleh seorang lelaki melayu yang sedang mendukung anak kecil..
"terima kasih ya.."balasku lantas mengambil kain lampin tersebut dan terus mengelap dahi en.suami sambil bertanya kepada en. suami
"ayang nak g hospital ker..?"aku teringatkan chinese yang membantu tadi telah menelefon ambulan..ketika itu keadaan en. suami kelihatan agak stabil dan boleh bercakap..
"abang x nak g hospital..nanti sure kena tahan wad sbb abang dah ada kes dulu..kita g klinik jer.."en. suami berkata lemah..betul juga tu..hm..
"nak handyplast x..?"satu suara bertanya sambil menghulur pelekat padaku..chinese lelaki yang kebetulan lalu di situ rasanya..
"terima kasih.."kataku dan melekatkan handyplast di kepala en. suami yang masih banyak darah yang mengalir.
"encik..boleh x cancel ambulan tadi..?saya bawa suami saya ke klinik jer..minta maaf ye kerana menyusahkan.."kataku kepada chinese yang mula2 membantu tadi..setelah dibatalkan ambulan dan mengucapkan berkali kali terima kasih, aku sekeluarga bergegas balik ke Jasin untuk mencari klinik..keadaan en. suami semakin membimbangkan..en. suami sudah terasa perit di tempat yang luka..aku berharap ada klinik yang buka..maklumla raya cina..semua cuti..
alhamdulillah..sampai di Jasin, aku tujui Klinik Mawar yang aku tahu boleh menjalankan pembedahan kecil..syukur sekali lagi kerana klinik itu dibuka, doktor ada dan orang pun tak
ramai..melihat darah yang mengalir, en. suami dibenarkan masuk dahulu untuk mendapatkan rawatan..sempat aku menelefon kakak ipar sebelum aku dan anak ikut masuk bersama dengan en. suami..
tekanan darah en. suami agak tinggi..150/90..doktor mengandaikan darah en. suami naik itu yang menyebabkan en. suami boleh pitam..setelah dijahit 6 jahitan di tepi mata en. suami, kami semua keluar..kakak ipar telah menunggu diluar..alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan..ramai yang membantu ketika aku memerlukan bantuan..
Ya Allah..baru sedikit ujian yang kau berikan padaku..tapi hatiku sentiasa dipagut pilu dan bimbang..semoga en. suami cepat sembuh, sihat dan dipanjangkan umurnya..anakku umair hariri pun selalu berdoa
wajah en. suami selepas 2 hari kejadian berlaku

"Ya Allah..sihatkan ayah..sembuhkan ayah..."insyallah...semoga kami semua berada dalam peliharaan Allah hendaknya..amin...
"redho yang.."itu yang keluar dari mulut suami...
"insyallah..redho.."balasku di dalam hati..iman yang nipis selalunya goyah bila diduga begini..mujur en. suami sentiasa mengingatkan..

Semoga Allah kuatkan hati hambamu ini Ya Allah...

2 comments:

  1. kuatlah wahai kawanku...ku pasti ko mmg seorg yg kuat n tabah.. aku sntiasa mndoakn ksjahteraan kluargamu..

    ReplyDelete
  2. thanks jai..semoga Allah memperkenankan doa mu itu..amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...