Pages

Thursday, February 27, 2014

Guru & cikgu


Guru ke cikgu? Pada aku sama je..itulah aku..pekerjaan yang asalnya kerana terpaksa tapi akhirnya sudah sebati dalam jiwa..

Perbincangan profesional..belajar update frog vle

   sejak akhir-akhir ni macam-macam cerita dalam bidang pendidikan yang telah digembar-gemburkan..rasanya kalau cerita mau 3 hari 3 malam..

Jadi pegawai imegresen untuk buat pasport pelajar ke Thai

pada aku,walau tak suka macam mana pun kalau dah jadi cikgu dan dah keluar pekeliling dari KPM, arahan tetap perlu dilaksanakan..SAYA YANG MENURUT PERINTAH..haha

Jadi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat buat agihan kurma

Sebagai cikgu juga,aku dapat rasa menjawat bermacam-macam jawatan..antara percaya dengan tidak je..cikgu yang sekarang bukan seperti cikgu yang dulu..cabaran untuk mendidik pelajar sekarang terlalu sukar untuk diungkapkan..

Jadi tukang kebun untuk program gotong-royong

Terlalu banyak luahan hati guru-guru telah dilemparkan..walau pun entah untuk siapa lemparan itu..tapi hakikat yang paling nyata lemparan dan luahan itu hanya untuk melepaskan rasa..bukan untuk orang di luar sana yang 'kurang faham' dengan istilah mendidik..

Jadi chef untuk program bubur asyura

Mentaliti masyarakat masih sama walaupun zaman dah berubah..anak-anak remaja yang baru habis pengajian disuruh jadi CIKGU..senang nanti..kerja separuh hari..cuti banyak..senang nak urus rumahtangga..mulianya hati orang yang beranggapan macam tu..haha semoga anggapan itu akan menjadi kenyataan..

Jadi consultan untuk merancang kewangan dalam kelab pelaburan

Ni antara gambar yang dapat dikumpulkan..bukan lakonan tapi realiti..bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar untuk perkongsian tentang keseronokan dan kemeriahan sebagai seorang guru...i love my job.

Jadi pegawai bank untuk buka buku akaun ASB pelajar


Wednesday, February 19, 2014

Rindu

Lama dah tak update blog..rindu rasanya..tapi masa memang sangat x mengizinkan..perasan busy lah kononnya..tahun ni masih lagi dilantik jadi ketua panitia,ditambah pula sebagai guru tingkatan..waktu mengajar 25 waktu..


Inilah doa yang aku selalu amalkan..nak hafal doa panjang-panjang, aku ni bukan otak yang jenis sekali pandang boleh terus ingat..
Skang ni pun dah pukul 10.00 pm..Aku baru balik dari kelas tambahan asrama..badan memang dah letih sangat tapi masih tak boleh tidur sebab dah terlalu letih..kaki memang dah lenguh..
Perhimpunan kokurikulum

Pagi-pagi dah ada perhimpunan kokurikulum..tepacak dari pukul 7.30 sampai pukul 8.00..sambung pula tengok budak kadet polis berlatih kawad sampai pukul 9.00...tepacak lagi..lepas ke hulu ke hilir sampai pukul 4.00, berkejar pula dengan anak-anak,
Elok lepas jemaah maghrib dengan en.suami, berkejar lagi ke asrama..dan sekarang, aku di depan tv melayan keletihan..

Apa yang aku harap, aku dapat ikhlaskan hati aku dalam melaksanakan amanah Allah..walau penat macam mana sekalipun, aku harap anak didik aku dapat apa yang aku ajarkan..dapat berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..


Thursday, February 13, 2014

Alhamdulillah..

Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah..bila masuk kelas,pelajar bangun menyanyi lagu birthday..relif kat padang pun pelajar nyanyi lagu birthday gak..tapi yang paling best bila kawan-kawan buat surprise dengan kek..seronok..terasa diri dihargai dan disayangi..syukur atas nikmatMu ya Allah..

Tuesday, November 19, 2013

tertipu!!!



Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekolah Unggul, Penjana Generasi Terbilang
Utama
Navigasi
B.Malaysia
English
PEMBERITAHUAN
< Previous Top Next >

PROFIL KEPIMPINAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
13 November 2013

PROFIL KEPIMPINAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
1.Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, transformasi pendidikan memerlukan barisan kepimpinan pada peringkat JPN dan PPD berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya untuk memimpin dan mengurus sumber dengan baik ke arah peningkatan prestasi sekolah seperti yang dihasratkan dalam Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.
2.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat untuk membangunkan satu pangkalan data bagi kumpulan kepimpinan pada pelbagai peringkat Kementerian di seluruh negara.
3.Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan Kementerian mengenal pasti tahap keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kumpulan kepimpinan. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan profil kepimpinan dan pembangunan kerjaya pegawai di JPN dan PPD pada masa hadapan.
4.Untuk itu, Kementerian akan menjalankan proses mengenal pasti Profil Kepimpinan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kumpulan kepimpinan.
5.Sila rujuk lampiran berikut untuk lebih maklumat (sila lihat di ruangan muat turun di bawah):
Surat Siaran
FAQ
Kompetensi Fungsian
6.Lengkapkan borang secara atas talian pada link berikut
Kumpulan 1 – https://www.research.net/s/Profil_Kepimpinan_K1
Kumpulan 2 – https://www.research.net/s/Profil_Kepimpinan_K2
Untuk maklumat mengenai Kumpulan 1 and Kumpulan 2, sila rujuk Surat Siaran dan FAQ.
7.Sila muat turun borang di ruangan muat turun di bawah (hanya untuk Kumpulan 2)
8.Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Telefon: 03-88847930 / 03-88721417
Emel: azhar.anas@moe.gov.my

Muat Turun
Surat Siaran
FAQ
Kopetensi Fungsian
Borang


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

© 2012 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya, Malaysia
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan.

MAKLUMAT BOS POST DEKAT WHATSAPP DAN BAGI TAU KETUA PANITIA WAJIB ISI..SIAP BAGI LINK WEB LAGI TUH.

https://www.research.net/s.aspx?sm=gd5HaYmowL4ChP1LVEcN81lElLWvfrmFn11Sixw%2fjYM%3d#q1

    PAGI TADI SEORANG SAHABAT YANG JUGA KETUA PANITIA BAGI TAU YANG BORANG TU SEBENARNYA UNTUK GURU  YANG INGIN MOHON UNTUK KE PPD..ADOYAI!!!! TERUS RASA BENGANG YANG AMAT SANGAT.
     TAPI APA YANG BOLEH BUAT..BORANG PUN DAH SIAP DAN DAH HANTAR DAH PUN..TAK BOLEH BUAT APA LAGI..SEKARANG CUMA BERDOA DAN BERHARAP SUPAYA BUKAN AKU YANG TERPILIH..

Tuesday, November 12, 2013

imegrisen melaka

Minggu lepas memang minggu yang sibuk..minggu bertugas,minggu bermula spm, minggu uruskan pasport dan jadual perjalanan ke Thailand..

Muka ceria walau pun...

pening uruskan pasport tak seberapa tapi pening uruskan pelajar dan parents..pening kena tunggu pelajar balik rumah kerana tertinggal kad pengenalan..pening layan kerenah parents yang kejar masa nak ke tempat kerja..tapi ada juga parents yang sporting dan faham dengan kerjaya cikgu yang masa tu dah macam kerani pun ada juga..macam-macam..

Monday, November 11, 2013

SIJIL

Alhamdulillah dapat lagi anugerah pengetua pada tahun ini..kalau tahun lepas dapat atas nama panitia,tapi tahun ni dapat atas nama sendiri pulak..syukur

Tuesday, November 5, 2013

Melaka Bandaraya Bersejarah

Alhamdulillah semalam dapat juga aku dan en.suami bawa anak-anak pusing bandaraya bersejarah ni..cuaca pun elok je semalam,jadi aku pun gigih bawa Adi sekali..
Gigih nak bergambar dengan meriam

mula-mula hajat di hati ingin menaiki 'duck tour'..tapi sayang tiket dah habis rupanya..
Beria sangat nak bergambar dekat keretapi

memang aku tak sangka,ingatkan pergi hari sekolah lapang la..rupanya ramai juga yang mengambil cuti peristiwa macam sekolah aku..jadi aku dapat bawa anak-anak naik menara tamingsari..
Pandangan dari atas menara..jakun

orang Melaka yang first time naik menara,.kalau tak asyik dengar orang bercerita je..gayat la juga masa mula-mula naik tu..dekat atas tu menara tu berpusing lebih kurang dalam 4kali juga..
Hehe tengok muka adi xde perasaan

Selesai solat dan makan tengah hari, kami semua terus gerak ke taman rempah..terasa nak naik cruise dari situ..senang sikit sebab kawasan situ agak tenang..bila bawa budak kecil ni aku rimas sikit bila pergi tempat yang sesak dan ramai orang..
Model Taman Rempah

alhamdulillah sampai je dekat situ memang keadaan agak tenang..orang pun tak ramai..lepas beli tiket, kitaorang terus naik bot..x payah tunggu lama..
Candid budak berdua

dalam cruise tu pun ada 4 keluarga je masa cruise mula bergerak..anak-anak memang suka sangat la..dapat tengok air, tengok keliling yang cantik..
Pemandangan keliling yang cantik





Sunday, November 3, 2013

ikan fresh

Tengah ribut hujan lebat..aku, en.suami dan anak-anak gigih mencari ikan fresh..

Saturday, November 2, 2013

aksi anak-anak

Lepak di rumah sempena cuti deepavali..nak keluar rasa malas..














Kejutan!!!

Khamis lepas aku baru naik sekolah setelah berkursus selama 3 hari..sebelum tu aku memang dah tempah kek dari tira (anak salah seorang rakan sekerja)..lepas tu
Yummy..
pakat-pakat cari waktu yang semua orang ada free..apa lagi..sorong je kek pada kak lela..rakan sekerja yang sporting dan supportive..jom layan gambar..

adi mulhim dibotakkan

Ni gambar adi mulhim botak untuk kali kedua..masa penghujung syawal..saja je botakkan..tapi bila nenek tengok nenek dah bising..biasa la orang tua..kesian la..tak hensem la..macam-macam lagi..aku dan en.suami sengeh je la

Macam cemas je
Gatal kena rambut halus
Dah tiga suku siap
Proses melicin pula
Budak tak reti duduk diam
Akhirnya..

Semua pun ok


Oleh  kerana adi bersikap baik jadi dapat upah makan pizza..haha adi bukan makan pu


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...