Pages

Saturday, October 20, 2012

mengandung :: 28 minggu


buku peneman setia untuk ke klinik..banyak dah tag kat depan page tuh..
                Alhamdulillah..kandungan aku  dah mula mencecah 28 minggu @ 7 bulan..setakat ni aku memang tengah menikmati betul-betul keadaan mengandung..mengandung kali ni pun tak macam 2 orang yang sebelum ni..walau dalam keadaan mabuk di awal kandungan dulu,alhamdulillah aku masih dapat memasak untuk en.suami..walau pun tak sesedap mana..tapi yang penting keikhlasan tu..chewah!!!

bacaan tekanan darah..alhamdulillah..

Baru-baru ni aku g check kat klinik, hemoglobin aku jatuh mendadak..dari 11 dah jatuh 9.6..apa lagi..pn. nurse pun menjalakan tugas untuk menakut-nakutkan aku dengan jayanya..haha..
            






            "kalau check lagi, jatuh 9.5, dalam masa 48 jam akak dah kena g jumpa pakar kat HBM ye kak.."
 ahh sudah..kalut jugak la aku masa tu..dah la tu, berat badan pulak meningkat naik 3kg..fuh..jenuh..nampak sangat makan tak seimbang..HB jatuh,tapi berat naik..terus pn.nurse kate kena jumpa doktor..bila dah jumpa pn. doktor tu paham-paham je la..kena la bebel sikit,pastu kena check tekanan darah 2 kali seminggu...sekali lagi aku bersyukur sebab tekanan darah aku menten..alhamdulillah..

aku selalu g sensorang jer..x mau menyusahkan en. suami.huhu..
                   cuma yang aku risau ni hemoglobin aku tak mau naik..ni dah 2 kali g check pun masih lagi 9.6..mula-mula suruh makan 2 biji pil iron tuh..pastu tak naik-naik jugak bacaannya, pn.nurse suruh makan 4 biji pulak..amik kau...tapi setakat nie alhamdulillah..lepas makan 4 biji tu barulah kepala dah tak berpinar-pinar..badan pun takde la cepat sangat rasa letih..kalau tidak..maghrib je mula la rasa macam nak cari bantal..huhu...nikmati alam mengandung...macam tu la..kena banyak bersabar..

                tengokla macam mana untuk next checkup nanti..tunggu 29/10/12..kena minum air gula untuk kali kedua, amik injection kancing gigi, dengar ceramah pasal carta gerak anak dan yang paling penting sekali kena check hemoglobin..harap-harap tak de masalah lagi..amin...

Tuesday, October 9, 2012

Johnny Restaurant

antara yang terlibat dengan jamuan syok sendiri
             Lama dah tak update entry..memang tengah sibuk sangat-sangat sekarang nie..boss asyik menyebut nak "inovasi".."inovasi"...huhuhu..tak terkejar..relief sekarang pun dah pakai sms jer..tak main dah kertas-kertas ni..nak bagi apa-apa makluman pun tak main tulis kat board lagi dah..semua pakai portal sekolah..dulu ustad dok ngusung kitab ke sana ke mari..sekarang ni ustad pun dah ngusung lap top..
           

           oopss..terpaksa..ini semua gara-gara inovasi dan green tech la..nak cerita la pulak pasal green tech nie..baru-baru ni sekolah aku dah menang anugerah Green School Award ni..peringkat kebangsaan..bangga betul bila dapat tau..maklumla dah menang, terasa berbaloi-baloi la bila terpaksa berjimat elektrik, buat bahan-bahan kitar semula untuk kelas, mesyuarat berlama-lama..haha..alasan!

kak Jah dengan nani tengah pilih menu
ada rupa macam chef tak..?chef makan..:)
  tapi apa kaitannya dengan tajuk entry kali ni ek..?Pagi Jumaat 5 Oktober 2012 telah diumumkan kemenangan tersebut..masa tu jugak diumumkan yang petang Jumaat tu kena attend meeting..warghh...ari Jumaat tu..semua dah set dalam kepala nak rehat..dah la benda add hock..petang nak meeting, pagi tu baru bagi tau..tak upload dalam portal pulak tu..
tu dia..gembira dapat makan best..haha
   warghh!!!tension sangat..so, untuk hilangkan rasa tension tu, aku dengan 'members club' terus buat keputusan untuk gi makan dekat Johnny ni..

ni nasi yang aku oder..x best sangat sebab tak pedas langsung
 Best sangat sebab restoran nie sediakan makanan kesihatan..(ye ke..?)semua nya direbus sahaja..memang best..lagipun sekali-sekala makan dengan kawan-kawan macam nie..

kitaorang amik set C ni 2 set
ada 10 orang yang dapat join hari tu..seronok..tapi yang paling aku seronok sebab dapat makan makanan yang best-best..yang tak seronoknya kitaorang tak sempat nak shopping sebab berkejar balik ke sekolah untuk meeting tergempar..entahla..aku pun tak paham bila dah menang pun kena buat meeting lagi..ooppss...

Thursday, September 20, 2012

Dim Sum Siaomay Ayam



Bahan - bahan
  Kulit Wantan
  150g udang - kupas kulit dan potong dadu (hancur)
  200g ayam - cincang halus
  1/2 batang daun bawang - cincang
  3 sudu makan water chesnut (sengkuang cina) - cincang
  1/2 batang carrot - dadu kecil
  2 sudu makan tepung jagung
  1 1/2 sudu teh garam
  1 sudu makan air
  1 sudu makan minyak
Sengkuang Cina - water chesnut
sengkuang cina yang dah dikupas
peket Kulit Wantan
kulit wantan
tepung jagung yang diguna
Daging ayam yang telah dicincang
Cara Membuat Isi
  - Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit.
  - Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi dibahagian tengahnya, genggam dengan tangan 
     dan ratakan permukaannya. 
  - Ulang hingga bahan habis.
  - Panaskan air dalam kukus hingga mendidih
  - masukkan bahan yang telah dibentuk tadi dan kukus hingga masak (lebih kurang 15 minit).

Campurkan semua bahan
gaulkan semua bahan dengan satu arah
Masukkan tepung, air dan minyak
Gaul sampai rata dan melekit
Bentukkan wantan macam ni..dia ada banyak bentuk..ikut citarasa sendiri
Bentukkan sampai jadi macam ni
macam ni pun boleh
susun dalam kukus macam ni - jangan rapat sangat sebab nanti mengembang
nie rupa dia bila dah masak..macam kekuningan sikit
ini la kuah yang dah siap di masak
Sos Pencicah
 Bahan - bahan
- Lada Merah
- Bawang putih
- Daun Ketumbar
- Gula perang
- Gula pasir
- Sos Ikan
- Minyak bijan
- Cuka
- Garam
- bijan (untuk ditabur dalam sos)

Guna lada hidup - baru sedap
Guna gula perang - kalau guna gula pasir pun boleh tapi x sedap ar
cuka- guna sikit je
pun guna sikit jer
paling kiri sekali tu minyak ikan
daun ketumbar
Cara - cara
1. Kisar lada merah, bawang putih, daun ketumbar, gula perang & gula pasir hingga hancur.
2. Setelah bahan tadi siap dikisar, masukkan ke dalam periuk dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
3. Masukkan sos ikan dan minyak bijan, daun ketumbar, garam dan masak hingga pekat.
4. Setelah sos pekat dan sejuk, taburkan bijan da daun ketumbar yang telah dicincang halus.

Cikgu jah
ba'ayah yang sibuk dengan daun pisangnya
kak haslina dan sofia, si cilik yang demam
Raudha yang terpaksa terjebak sama
Kak Bib yang tekun mencincang ayam
sudut gossip..haha
ba'ayah..tergelak besar mengupas sengkuang cina
sapa yang suruh cikgu buat keja nie..? siapa..?siapa..?
proses mencincang sengkuang cina
macam pertandingan menguli pulak
tu dia..cara membungkus menggunakan kulit watan
apa yang penting..? KERJASAMA
Susun bia molek deh...
ni wantan goreng yang aku cuba buat sendiri..nyum..

Thursday, September 13, 2012

Kek Masam Manis

BAHAN - BAHAN

300g biskut - kisar
500g mentega
400g gula halus
10 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air sejuk (boleh tambah ikut keperluan adunan)
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pewarna hijau & kuning telur

biskut yang digunakan..brand apa2 pun boleh..tapi jangan guna yang berminyak
Biskut yang dah dikisar jadi tepung
seriusnya...kak ina timbang biskut
tu dia...biskut yang telah dikisar
kak zakiah yang bersungguh kisar biskut
gula caster yang sedang ditimbang
ini la gula halus yang diguna

ba'ayah..tayang gelang eh..hehe.
hazrina sempat lagi posing  walau keletihan berpuasa
telor yang digunakan..banyak kan...

buttercup yang digunakan..
kami guna susu pekat dairy champ..huhu..macam 'ketuk-ketuk Ramadhan'..
tepung penaik..beli kat kedai kek King Hin
CARA
1. Pukul mentega + gula sehingga kembang
butter yang dicampur dengan gula halus

mentega dan gula yang sedang dipukul
2. Pukul telur hingga kembang dan gebu
Kemudian pukul telur sampai kembang
ni rupa telur yang dah kembang
3. Masukkan adunan telur ( no. 2) ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit.
biskut yang dicampur dengan baking powder
4. Selang seli dengan tepung biskut.
masukkan selang seli telur  dengan tepung biskut...kata cikgu djah
perisa vanila..buat tambah wangi

5. Masukkan susu pekat & esen vanilla + air dan pukul lagi.
banyak nie jer air..tu pun kena agak2..tuang sikit-sikit..

6. Masukkan baki tepung.
tepung yang dah siap dibahagikan kepada dua
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
letak satu warna hijau
letak satu warna kuning
masukkan dalam loyang yang dah dilapik dengan kertas surih
8. Kukus tepung selapis demi selapis dengan aturkan asam gambir di setiap lapisan hingga adunan habis.
rupa tepung bila dah kukus..
masukkan lapisan yang berlainan warna bila dah susun asam
nak kembangkan butter..sure kembang macam tuannya..haha
tu dia...serius pn ba'ayah..
kak Zack..khusyuk nampaknya..
* panaskan kukusan - bila mula mengukus api

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...