Monday, March 21, 2016
Lexis Water Chalet
As salammualaikum.. cerita pasal bercuti pula sekarang ni.. pada awalnya kami bercadang untuk ke legoland..ye la ada promotion untuk cikgu-cikgu.. free tiket untuk seorang cikgu dan tambah lagi tiket untuk 3 orang ahli keluarga cikgu..lumayan kan.. tapi tak jadi juga sebab lambat sangat.. tarikh yang dipilih tu dah penuh.. yang ada tinggal tarikh yang selepas cuti sekolah je..
Tapi apa pun aku bersyukur juga tak jadi pergi ke legoland tu.. sebab anak-anak semua demam..sekarang ni pun si kakak dengan adi tak baik demam lagi..
Kebetulan aku memang ada follow satu page dekat facebook ni.. SAUJANA DAMAI.. dia macam agen la..banyak hotel yang dia boleh uruskan.. antaranya hotel ni la.. lexis water chalet..
Tengok tarikh yang aku pilih ada kosong..so aku dengan en. Suami terus tempah..bayar deposit separuh dulu..harganya hanya rm480 untuk harga hujung minggu dan cuti sekolah..kalau ikut harga biasa dalam rm 700 - rm 800 untuk satu malam..
Mula-mula aku waze guna 'lexis water chalet'..tapi en.waze ni hantar aku ke tengah-tengah bandar..dia nak suruh kitaorang naik feri untuk ke chalet yang diberi..kikiki..jenuh
Lepas aku call agen.. aku cuba tanya en.waze.. tapi kali ni aku cuba pula 'glory beach resort'..akhirnya baru lah jumpa..sebab bangunannya bersebelahan je..glory..lexis..grand lexis..aha jangan salah ye.. hotel yang aku tempah tak 'grand' sangat...
Aku rasa bilik yang aku ambil ni agak selesa juga.. masuk je kawasan bilik, akan jumpa tandas, bilik mandi dan bath tub dulu.. lepas tu baru ada pintu untuk katil..ada 1 katil king dan 1 katil queen..anak-anak memang selesa dan suka la..
Secara peribadi aku suka dengan view kat sini.. waktu paginya sangat indah dan nyaman.. waktu malamnya sangat tenang.. alhamdulillah.. sekali lagi Allah bagi nikmat yang tak dapat nak dinafikan lagi..
Kg. Morten Melaka
"Kat sini la kg Nek Som..dulu ayah ada tumpang sekejap rumah nek som.."
Kikiki..dah tau dah ayat en.suami.. aku sebenarnya pun tak tau asal usul kg. Morten ni..tapi kg ni terletak di tengah-tengah bandar.. kg yang terpelihara kawasannya.. dengarnya bahagian hadapan rumah yang ada di kampung ni dibiaya oleh kerajaan negeri untuk dijadikan medium pelancongan..
Kalau perhati betul-betul boleh dikatakan hampir setiap rumah ada spotlight yang di atas bumbung rumah..
Kalau naik bot melaka cruise pun akan lalu kawasan ni... waktu malam nampak kawasan ni sangat meriah..kebanyakan orang melepak di luar rumah...secara tidak langsung dapat kurangkan kes-kes jenayah..
Friday, March 11, 2016
Diam itu indah
DIAM.. lebih baik dari berkata-kata..apatah lagi kepada perkara yang akan menyakiti hati orang yang mendengar... lebih-lebih lagi orang yang kita sayang..
DIAM.. mungkin sangat indah kalau disulami dengan perasaan positif walau pun dengan genangan air mata
DIAM.. akan jadi lebih baik kalau kita tidak menatap mata orang yang mengharapkan bicara
DIAM.. memang terlalu pahit tapi kalau itu yang terbaik..aku redha... aku pasrah..
Mungkin aku kena sedar akan kedudukan diri sendiri... semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk melawan bisikan-bisikan syaitan..amin
Thursday, March 10, 2016
Gerhana Bulan
Di saat bila hampir tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku.
Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat.
Apabila tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...
Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya.
Jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...
Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini.. Hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik.
Gambar hiasan.
Sunday, March 6, 2016
Keputusan SPM 2015
🔅MURID-murid buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
🔅MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.
🔅MURID-murid biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
🔅MURID yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati MURID kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
🔅MURID-murid kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
🔅MURID-murid ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID-Murid kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
🔅MURID-Murid kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang berilmu dan cemerlang!
Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....
Subscribe to:
Posts (Atom)