Tuesday, February 9, 2016
Kenduri di Malaysia
Alhamdulillah semalam selesai majlis kenduri kesyukuran di rumah kakak ipar..memang penat sebab semua dibuat sendiri..
sedangkan trend orang Malaysia kini kalau buat kenduri semuanya ditempah dan yang lain-lain duduk goyang kaki..baik tuan rumah mahupun tetamu... yang beza sikit antara tetamu dengan tuan rumah,hanya duit yang dikeluarkan oleh tuan rumah lagi banyak kena keluar ikut bilangan jemputan..
Tapi ini tidak berlaku semalam..anak-anak buah banyak membantu..cuti raya cina banyak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum keluarga..semua berkumpul dan bekerjasama membuat persiapan..setiap orang akan mengambil giliran untuk berehat dan bekerja tanpa ada rasa iri hati..
Semua hidangan dimasak sendiri..telor itik masak lemak cili padi..daging tetel masak asam pedas.. ikan keli masak berlada.. rendang ayam kampung.. telor goreng mata letak kicap.. telor puyuh masak acar..semua hasil air tangan nenek-nenek yang memang superb..sumoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik kepada semua tukang masak..(termasuk aku la).. amin...
Secara peribadi aku rasa bahagia dengan keadaan seperti itu..sedikit rasa malu kerana aku tidak dapat mewujudkan keadaan seperti itu di rumah keluarga aku sendiri.. sedangkan anak-anak buah aku bukan 10 atau 20 orang..malah lebih dari itu..
tapi kuasa anak bongsu ni tak pernah mengizinkan perkara seperti itu berlaku..isk.. isk.. isk.. sedih rasanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment