Pages

Friday, February 5, 2016

Kelab Pelaburan Bijak PNB

As salammualaikum.. hari ni sepetang aku di SMK Telok Mas sebab datang mesyuarat penyelaras Kelab Pelaburan Bijak.. Kelab ini hanya terdapat di 104 sekolah sahaja dalam Malaysia...


Bangga tak....kikiki.. sekolah aku terpilih sejak dari tahun 2003 lagi..sejak aku mula posting menjadi guru di Smk Iskandar Shah.. bangga tak..kikiki


Paling best sekali pasal kelab ni..setiap tahun PNB akan menaja beberapa aktiviti untuk keperluan sekolah..baaaaanyak sangat.. lawatan kerjaya(paling best la).. seminar dan motivasi.. explore race.. dan banyak lagi..


Semua aktiviti bertumpukan pelajar la..cikgu tumpang tuii je.. tapi diam tak diam kalau dah dari tahun 2003 aku berkecimpung dengan PNB ni..kira dah banyak juga la aku termakan budi dengan PNB ni..kikiki


Setiap tahun ada disediakan modul untuk perjumpaan kelab.. cikgu kena kreatifkan diri untuk sampaikan ilmu pekaburan tu pada pelajar.. dah macam-macam cara juga la aku buat..


Selagi cikgu rajin.. kertas kerja ada.. laporan bergambar lengkap..insyAllah PNB akan taja..ok cukup setakat tu..nanti cerita lebih-lebih ramai yang jeles..kikiki

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...