Pages

Monday, February 15, 2016

Festival Batik Malaysia


 Cerita bulan lepas..saja ajak en.suami ke festival batik malaysia..kebetulan diadakan di kipmart melaka..


Harga yang ditawarkan memang murah..3 helai rm100..tapi kena rajin selongkar..bajunya berlonggok-longgok.. kalau kurang tahap kesabaran memang dah keluar awal-awal dari kedai..


Ada juga dijual baju yang telah siap dijahit..harganya mampu milik setara dengan kualiti..pilihannya amat terhad.. coraknya juga terhad..saiz juga amat terhad..yang masih banyak pilihan ialah baju kurung moden..masih banyak saiz..tapi pilihan corak juga terhad..


Orang memang ramai..aku pun tak sangka begitu sekali sambutannya.. walaupun dibuat selama 3 hari, tapi masih juga ramai.. berbagai ragam dapat dilihat.. ada yang sudah duduk melepak di atas lantai.. macam berkelah pun ada juga..kikiki


Tapi yang paling seronok sekali..dah balik baru aku perasan yang aku penah pergi festival batik ni pada bulan 12 yang lalu.. kebetulan masa ke rumah abang ipar di Klang.. anak buah yang bawa ke shah alam..tapi masa tu macam tak terfikir pun nak beli.. macam tak ada rasa nak beli pun..hanya teman anak buah je..


Tapi tak sangka kali ni banyak pula aku membeli.. tapi secara peribadi aku rasa kualiti kainnya memang bagus..cuma warna dan corak kena pilih betul-betul.. en.suami pun ada juga mencuba nasib mencari kemeja batik.. tapi nampaknya tidak berjaya..hehehe


En.suami memang teliti dalam memilih barang dan orang..kikiki
Sebab teliti tu la aku jadi pilihannya... hahahaha


Layan je la gambar..dah riak pula..




Tuesday, February 9, 2016

Kenduri di Malaysia


Alhamdulillah semalam selesai majlis kenduri kesyukuran di rumah kakak ipar..memang penat sebab semua dibuat sendiri..


sedangkan trend orang Malaysia kini kalau buat kenduri semuanya ditempah dan yang lain-lain duduk goyang kaki..baik tuan rumah mahupun tetamu... yang beza sikit antara tetamu dengan tuan rumah,hanya duit yang dikeluarkan oleh tuan rumah lagi banyak kena keluar ikut bilangan jemputan..


Tapi ini tidak berlaku semalam..anak-anak buah banyak membantu..cuti raya cina banyak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum keluarga..semua berkumpul dan bekerjasama membuat persiapan..setiap orang akan mengambil giliran untuk berehat dan bekerja tanpa ada rasa iri hati..


Semua hidangan dimasak sendiri..telor itik masak lemak cili padi..daging tetel masak asam pedas.. ikan keli masak berlada.. rendang ayam kampung.. telor goreng mata letak kicap.. telor puyuh masak acar..semua hasil air tangan nenek-nenek yang memang superb..sumoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik kepada semua tukang masak..(termasuk aku la).. amin...


Secara peribadi aku rasa bahagia dengan keadaan seperti itu..sedikit rasa malu kerana aku tidak dapat mewujudkan keadaan seperti itu di rumah keluarga aku sendiri.. sedangkan anak-anak buah aku bukan 10 atau 20 orang..malah lebih dari itu..


tapi kuasa anak bongsu ni tak pernah mengizinkan perkara seperti itu berlaku..isk.. isk.. isk.. sedih rasanya..












Friday, February 5, 2016

Kelab Pelaburan Bijak PNB

As salammualaikum.. hari ni sepetang aku di SMK Telok Mas sebab datang mesyuarat penyelaras Kelab Pelaburan Bijak.. Kelab ini hanya terdapat di 104 sekolah sahaja dalam Malaysia...


Bangga tak....kikiki.. sekolah aku terpilih sejak dari tahun 2003 lagi..sejak aku mula posting menjadi guru di Smk Iskandar Shah.. bangga tak..kikiki


Paling best sekali pasal kelab ni..setiap tahun PNB akan menaja beberapa aktiviti untuk keperluan sekolah..baaaaanyak sangat.. lawatan kerjaya(paling best la).. seminar dan motivasi.. explore race.. dan banyak lagi..


Semua aktiviti bertumpukan pelajar la..cikgu tumpang tuii je.. tapi diam tak diam kalau dah dari tahun 2003 aku berkecimpung dengan PNB ni..kira dah banyak juga la aku termakan budi dengan PNB ni..kikiki


Setiap tahun ada disediakan modul untuk perjumpaan kelab.. cikgu kena kreatifkan diri untuk sampaikan ilmu pekaburan tu pada pelajar.. dah macam-macam cara juga la aku buat..


Selagi cikgu rajin.. kertas kerja ada.. laporan bergambar lengkap..insyAllah PNB akan taja..ok cukup setakat tu..nanti cerita lebih-lebih ramai yang jeles..kikiki

Thursday, February 4, 2016

Birthday


Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk setahun lagi..syukur ke hadrat Ilahi.. semoga dengan bertambahnya usia meningkat juga iman di dada..

 Pagi - pagi lagi anak didik aku dah wish birthday kat aku..alhamdulillah masih ada yang ingat..kiki aku sendiri pun tak ingat sebenarnya..terima kasih juga pada facebook yang hantar reminder pada semua kawan-kawan..

Aku dapat 3 biji kek hari ni..puas dapat jamu kawan-kawan makan kek.. puas juga dapat jamu anak didik.. alhamdulillah..

 Tapi yang paling best sekali bila dapat hadiah dari abam Majlis..kikiki melayang rm10..









Monday, February 1, 2016

Pasar Nelayan Kesang Laut


As salammualaikum.. minggu lepas punya cerita..ada kem kepimpinan di Homestay Parit Penghulu..tempat tu sendiri dah dekat dah dengan Pasar Nelayan Kesang Laut.. tempat orang cari ikan baru naik..


Tempatnya jauh ke dalam.. kalau tak pernah sampai boleh sesat juga.. tapi bila dah sampai.. SubhanaAllah cantiknya..


kebetulan masa aku sampai air memang tengah pasang.. air yang berwarna kehijauan memang sangat memukau..


ikan juga banyak yang segar..nyummm...
Peniaga nya ramah..pantang ditanya sepatah..jawabnya berpatah-patah..hehe dah resam orang berniaga..











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...