Pages

Sunday, March 2, 2014

Bukit Batu Lebah

Sebenarnya aku daki bukit ni tahum lepas lagi..tapi memandangkan aku ni perasan sibuk, tu yang tak update lagi..

Papan tanda dihadapan chalet

Tempatnya cantik terjaga..chalet juga ada untuk disewa..bagi yang sukakan alam semulajadi mungkin akan suka akan tempat seperti di sini..

Jalan masuk

Jalan untuk masuk ke tapak chalet juga cantik..walaupun kecil dan jalan selorong, tapi jalan berturap penuh dan tiada jalan yang ditampal di sana sini seperti dipekan dan bandar..

             

Puncak bukit ni sangat cantik..banyak kawasan yang berbatu...dah nama pun bukit batu lebah...tapi mujur juga tak jumpa lebah kat atas sana..he


Bukit ni boleh tahan tinggi juga..walaupun namanya bukit,tapi kalau orang yang tak biasa buat aktiviti fizikal agak perit juga la nak mendaki hingga ke atas..



Aku memang suka dengan keadaan semulajadi yang ada di situ..kebetulan team yang ikut serta kali ni sangat sporting bawa pasangan masing-masing..tapi golongan veteran la..yang muda-muda semua bawa diri sendiri je..


Aku?memang sendiri la..en.suami memang tak minat langsung aktiviti lasak macam ni..itu aku memang tau sebelum kawin lagi..tapi aku tak kesah
sangat sebab en.suami tak pernah halang minat aku..itu yang penting sebenarnya..haha..


Lebih kurang dalam 45 minit juga masa yang diambil untuk mendaki ke atas..penat tapi seronok..kalau ada yang teringin nak tau sejarah bila datang ke sini,boleh cari tok busu..tok busu ni orang yang jaga kawasan persekitaran tapak chalet..


Tok busu ni juga antara orang yang terawal meneroka tempat ni...jadi beliau memang sangat arif dengan tempat ni...

Sebelum mendaki ari tu,beliau ada juga memberi penerangan,pantang larang dan sejarah Bukit Batu Lebah ni..tapi biasala..aku kan cikgu matematik..aku dapat dengar bab pantang larang je..yang lain harap maaf la ye..ehehe...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...