assalammu'alaikum... mesti pembaca tertanya2 kenapa la aku letak tajuk entry macam ni..sebenarnya nak cerita pasal obsessnya aku dengan coklat ni pada satu masa dulu..sampai aku boleh tidur pukul 2 hingga 3 pagi hanya kerana nak siapkan coklat yang ingin dijual..JUAL?! hehe..bukan aku yang jual..aku cuma buat saja..lepas tu minta jasa baik kakak ipar jual di sekolah..dekat sekolah aku tak boleh jual..coklat tak berapa mendapat permintaan..sebab pelajar sekolah aku lebih suka dengan makanan berat berbanding dengan makan coklat..
|
Ini lah antara coklat yang dibuat..
|
Coklat yang siap dibungkus.. |
|
Cubaan membuat coklat sebagai hadiah kepada seorang sahabat
Masa ni memang tengah 'kemaruk' membuat coklat..kalau dah mula membuat coklat nie memang sampai terleka..x perasan subuh dah menjelma..en. suami sangat menyokong minat aku ni..sehinggalah en. suami perasan yang aku x duduk rehat langsung since balik sekolah sampai tengah malam..
coklat bunga..
balik sekolah + solat asar + prepare dinner (sambil mencairkan coklat ) + solat maghrib + dinner (sambil basuh baju ) + kemas dapur (sambil bancuh coklat dengan warna) + solat isyak + mula buat coklat... itu lah rutinnya..terus en. suami hint suruh berhenti buat coklat..aku buat tak paham je..
|
bentuk bunga gak..
lama kelamaan en. suami mula tidak tahan..tidur ku sehingga mencecah pukul 2 pagi setiap hari..walau pun pada waktu sekolah..en. suami pun mengeluarkan 'pekeliling' suruh aku berhenti dari buat coklat...huhu..selamat tinggal coklat...sedih..tapi aku tetap akur...coklat memang melalaikan..
hehehe...
bentuk lebah...
aku mula mengubah rutin harian..balik sekolah + solat asar + prepare dinner + solat magrib + basuh baju + dinner + solat isyak + tengok tv wif anak2 + tido...nampak macam rutin yang sihat..hmmm
siap sedia untuk dijual
Malangnya rutin itu hanya bertahan untuk seminggu sahaja..lepas tu aku dah mula bosan...cuba alternatif lain untuk berniaga...aku terpandang dadih..hehe...
bentuk topi..Maka mula la operasi untuk berniaga dadih..mula dengan mengira modal asas dan membuat survey kedai-kedai yang jual bahan yang murah...
lapisan kedua coklat + mangga
|
Mula menjual dengan 'dadih plain' (satu warna) dan ditambah dengan buah nata d coco..kemudian surf kat google...dapat pula idea untuk buat 2 layer...lepas tu cuba pula 3 layer..dan kadang2 'ter'buat sampai 4 layer...
Alhamdulillah...en. suami masih lagi menjadi penyokong kepada hobiku ini..untuk mengelakkan en. suami mengeluarkan pekeliling sekali lagi, aku pun buat dadih berpada-pada..buat sikit...rehat banyakk...kemudian baru sambung buat dadih semula...
En. suami pula menjadi QC kepada dadih yang aku jual...kurang gula la...jangan letak gula tiruan la...letak penuh sikit la...haha...alhamdulillah dan terima kasih kepada en. suami yang sentiasa menyokong..
dah siap...coklat + mangga + epal + keladi..
Kini aku la penjual dadih itu..seronok sebab aku dapat jual di sekolah sendiri dan sekolah en. suami juga..
"cikgu buat la blog jual dadih online.." saranan dari anak didik...huhu...sekarang ni pun tak cukup tangan...apa pun aku masih sedar yang aku ni masih lagi seorang guru..satu profession yang mulia...
No comments:
Post a Comment