Pages

Saturday, September 26, 2020

Hidup itu ujian

 Hidup memang susah. Walaupun seseorang itu dilimpahi kekayaan dan kesenangan, dia sebenarnya sedang susah juga. Susah nak jaga hati dari dosa-dosa yang halus, seperti riya' dan takabbur. Ada yang diserang susah dalam bab nak kekalkan kekayaan dan kesenangan.


Jadi, jangan fikir orang kaya tak susah.


Semua orang menghadapi kesusahan masing-masing. Kerana dunia ini tempatnya ujian.


Dan ujian akan terus datang menyapa insan sehinggalah kehidupannya tamat. Selepas satu ujian, akan datang lagi ujian yang lain. Kalau bukan dalam bentuk kasar, dalam bentuk halus. Kalau bukan dalam bentuk langsung, dalam bentuk secara tidak langsung.


Menjadi antara persiapan utama untuk kita mengharungi kehidupan dengan baik ialah mempersiapkan mental dan spiritual kita untuk menghadapi ujian demi ujian ini.


Mental & spiritual yang sabar, cekal dan tabah sahajalah yang akan mampu mengharungi siri ujian ini.


Mental & spiritual lemah akan kepenatan. Dan akhirnya Tuhan akan menjadi sasaran untuk dipersalahkan.


"Mengapa aku dah banyak sedekah, masih diuji lagi?"

"Mengapa aku dah jaga solat, masih miskin?"

"Kenapa aku dah usaha, dah berjaya, Allah uji pula dengan kegagalan?"


Hidup ialah ujian.


Jika Allah sambung kehidupab kita pada hari yang baru, tandanya kita perlu bersiap untuk diuji.


Mengapa kita diuji?


Kerana dunia hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang abadi untuk kita kekal selama-lamanya di sana. Maka dunia menjadi tempat kita disaring, sama ada ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita. Lantas kita diuji.


Bukanlah kerana Allah tidak tahu. Allah Maha Tahu. Tetapi sebenarnya untuk kita sendiri yang tahu kondisi diri kita.


Kita tak dapat nampak iman. Tapi bila kita diuji dan kita marah-marah pada Tuhan, kita sudah boleh agak macam mana rupanya iman kita. Dari situ kita dapat agak-agak di mana pengakhiran kita. Keimanan itu ialah medan amal, bukan kata-kata. Cakap kencang "aku beriman" semua boleh cakap. Tapi keimanan hanya akan terzahir apabila digegarkan dengan ujian. Baik kasar atau halus, baik langsung atau tidak langsung.


Mujurnya, selagi masih hidup, selagi itu kita masih berpeluang memperbaiki diri. Mempertingkatkan iman. Memperkasa kualiti mental dan spiritual kita.


Dari ujian, kita belajar.

Dan terus menerus mempertingkatkan diri.

Proses yang akan berjalan sepanjang hayat.


Kerana selagi hidup,

selagi itu kita akan teruji.


Muhasabah.

Cnp hilal asyraf

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...