Pages

Monday, March 31, 2014

HOSPITAL SERDANG

Pagi-pagi dah sampai kat sini..tinggalkan anak-anak pada kakak ipar dan mertua..bermalam di hotel amani, bandar baru bangi...semoga di permudahkan urusan en.suami..harap-harap semua boleh setel ari ni..



   tak sampai hati biarkan anak-anak di rumah mertua..si umair yang baru kebah dari demam...si farhah yang baru dapat demam..si adi yang dah mula batuk-batuk..tapi dalam masa yang sama juga tak sampai ati nak biar en.suami sendirian mendapatkan rawatan di hospital serdang..



Semoga semuanya selamat dan di permudahkan..

Monday, March 24, 2014

cuti...

Musim cuti sekolah kembali lagi...patutnya aku kat kelantan sekarang ni sebab bawa pelajar untuk friendly bola baling..tapi last minute en.suami bagi tau ada sepupu sebelah en.suami yang melangsungkan perkahwinan di Lui Timur..so aku pun batalkan trip aku ke Kelantan..family come first kan...
Dari Lui Timur,kitaorang bercadang nak terus ke Klang..so kena masuk hi way LEKAS..ingat nak 'lekas' la kan?
Lepas dah masuk LEKAS, tak tahu pula nak keluar kat mana..so jalan je sampai jumpa susur keluar kajang..baru tau dah terlepas simpang nak ke Nilai..aiyakk..
Amik susur kajang..lepas tu menjajau pula cari hi way plus..sebab tak tau jalan dalam..huhu
Pusing punya pusing, dah sampai telok panglima garang..aduh lotih nya..berpusing-pusing sampai naik letih tapi tak berani bagi tau en.suami sebab tau en.suami mesti lagi letih sebab dia yang drive..hehe total perjalanan 4 jam setengah dari lui ke klang..patutnya 2 jam je..aduhai..takpe la

Friday, March 21, 2014

KADET POLIS

Bawa pelajar ke IPD Jasin..untuk pertandingan kawad kaki...aku sebagai pengurus pasukan je..yang melatihnya en.jalal,pegawai polis yang ditugaskan untuk datang melatih pelajar di sekolah..


     Nak tau dpt no berapa?nombor 22 dari 24..ayakk..malu sungguh..mujur juga peringkat negeri, takde la malu sangat..hehe


Tapi alhamdulillah ada juga pengubat rasa kecewa bila salah seorang dari peserta kadet dapat tempat ke 2 sekaligus dapat ke peringkat kebangsaan untuk kawad individu..


OLAHRAGA

pertandingan olahraga peringkat kawasan..saja bawa ainul farhah tengok kat stadium..
              "nanti dah besar kakak nak jadi anak murid lah umi"-farhah
               "Kenapa?"-umi
               "Sebab kalau jadi cikgu asyik letih je"-farhah



Tuesday, March 11, 2014

Batman

Mata mengantuk dan sangat letih tapi masih tak boleh tidur..terkenangkan pada pesawat yang hilang dan masih belum ditemui...semoga Allah permudahkan segalanya...
Jadual hari ni memang sangat padat..7 waktu daripada 10 waktu penuh..masa lapang hari ni cuma 3 waktu..pena
t,tapi yang paling tak tahan kaki yang lenguh ni..mujur hari ni takde kelas tambahan..
Balik dari sekolah,aku bergegas ke Fresco..beli air 100 plus dan 100 bungkus  roti  gardenia..untuk pertandingan olahraga peringkat kawasan..lepas tu berkejar pula ke rumah pengasuh ambil adi dan farhah..kerja rutin..dalam kepala ingat nak balik rehat je..paling tidak pun, dapat baring sambil tinggikan kaki..nikmatnya..
Tapi bila tiba rumah pengasuh baru teringat pampers adi dah habis..hm apalagi,berkejar ke mydin pula dengan ditemani oleh 2 kanak-kanak yang belum paham kepenatan umminya..jam dah pukul 5.30..asar belum lagi ni..
Beli pampers tapi teringat pula susu untuk buat dadih dah abis..terus capai susu sejat brand 1m'sia..murah cuma rm 2.19 berbanding dengan jenama yang lain..
Kemudian berkejar untuk balik sebab dah pukul 6.00 dan belum solat lagi..adi pun  dah mula merengek..mungkin bosan..tengok meter minyak dah lama merah..malasnya nak isi minyak..
Sampai rumah,solat dan terus bersilat sediakan makan malam..simple je tapi aku suka..haha
Siap kemas semua,aku merengek kat en.suami  minta tolong isikan minyak kereta..haha memang sebelum ni pun en.suami je yang tolong isi minyak..
Bila en.suami balik dari isi minyak, jam dah pukul 10.30 malam.okey masa untuk beradu...
Tiba-tiba datang si umair pula merengek nak suh buatkan topeng muka..mata aku memang dah tak boleh angkat lagi dah ni..gagahkan diri juga sebab tengok topeng yang dia buat dah macam kertas alas makanan je..potong punye potong dah jadi kecil..nak buat topeng adi pun tak muat...
Aku pun paksa diri fikir..koyakkan kotak susu untuk ganti kertas manila umair yang dah koyak..gigih search kat google gambar batman..print,lepas tu suruh umair potong,tampal atas kertas kotak dan potong kertas kotak pula..masa ni aku dah tertido kat sofa..
Then hasilnya..





Sunday, March 2, 2014

KELAS TAMBAHAN



Semalam punya cerita...kelas tambahan 5Nilam & 5Mutiara..pelajar 100% islam..alhamdulillah terima kasih pada yang hadir..semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kalian semua..

Bukit Batu Lebah

Sebenarnya aku daki bukit ni tahum lepas lagi..tapi memandangkan aku ni perasan sibuk, tu yang tak update lagi..

Papan tanda dihadapan chalet

Tempatnya cantik terjaga..chalet juga ada untuk disewa..bagi yang sukakan alam semulajadi mungkin akan suka akan tempat seperti di sini..

Jalan masuk

Jalan untuk masuk ke tapak chalet juga cantik..walaupun kecil dan jalan selorong, tapi jalan berturap penuh dan tiada jalan yang ditampal di sana sini seperti dipekan dan bandar..

             

Puncak bukit ni sangat cantik..banyak kawasan yang berbatu...dah nama pun bukit batu lebah...tapi mujur juga tak jumpa lebah kat atas sana..he


Bukit ni boleh tahan tinggi juga..walaupun namanya bukit,tapi kalau orang yang tak biasa buat aktiviti fizikal agak perit juga la nak mendaki hingga ke atas..



Aku memang suka dengan keadaan semulajadi yang ada di situ..kebetulan team yang ikut serta kali ni sangat sporting bawa pasangan masing-masing..tapi golongan veteran la..yang muda-muda semua bawa diri sendiri je..


Aku?memang sendiri la..en.suami memang tak minat langsung aktiviti lasak macam ni..itu aku memang tau sebelum kawin lagi..tapi aku tak kesah
sangat sebab en.suami tak pernah halang minat aku..itu yang penting sebenarnya..haha..


Lebih kurang dalam 45 minit juga masa yang diambil untuk mendaki ke atas..penat tapi seronok..kalau ada yang teringin nak tau sejarah bila datang ke sini,boleh cari tok busu..tok busu ni orang yang jaga kawasan persekitaran tapak chalet..


Tok busu ni juga antara orang yang terawal meneroka tempat ni...jadi beliau memang sangat arif dengan tempat ni...

Sebelum mendaki ari tu,beliau ada juga memberi penerangan,pantang larang dan sejarah Bukit Batu Lebah ni..tapi biasala..aku kan cikgu matematik..aku dapat dengar bab pantang larang je..yang lain harap maaf la ye..ehehe...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...