Pages

Monday, September 30, 2019

Susah ke..?



Orang yang dah kahwin tetapi ada masalah dalam rumahtangga, berdoalah mohon pada Allah minta perkara yang baik-baik.

Orang yang dah kahwin tetapi belum dikurniakan zuriat, berdoalah mohon kepada Allah semoga suatu hari nanti kita dikurniakan zuriat.

Orang yang belum berkahwin, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan pasangan hidup.

Orang yang rezekinya seakan sempit, mohonlah kepada Allah semoga dilapangkan segalanya.

Orang yang ada masalah macam-macam, mintalah kepada Allah, doa supaya selesai segala masalah dan kita dapat hidup bahagia.

Orang yang banyak dosa, doalah minta ampun kepada Allah sekerap-kerapnya.

Doa doa doa dan terus berdoa. Tak perlu tunggu susah baru nak doa. Tak perlu nak tunggu disuruh, baru nak berdoa. Tak perlu nak tunggu datang mood baru nak doa.

Jangan jemu, jangan putus asa.

Percayalah kepada Allah. Ujian bermacam bentuk. Semua tu tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita.

Tak guna mengeluh sana sini, letaklah Allah tu dekat dengan kita. Bukan jauhkan-Nya".

Saya pandang sahaja seorang lelaki yang agaknya dalam umur 50-an memberi nasihat kepada sekumpulan rombongan di hadapan sebuah masjid. Tak tahu apa puncanya dia bagi nasihat begitu.

Ada lelaki ada perempuan.

Ada 2 buah van dan 2-3 buah kereta. Macam keluarga dan saudara-mara balik dari majlis kenduri.

Saya ketika itu sedang nak pakai kasut semula. Buatlah tunduk, lambat-lambat pakai stoking nak dengar dia sedang berkata.

Menarik kata-katanya.

Teringat dahulu pernah terbaca hadis ini;

Daripada Abi Said al-Khudri radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda,

"Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah subhanahuwataala akan mengabulkannya dengan tiga cara:

1. Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin.

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak.

3.Allah akan menjauhkan darinya kejelekan". Hadis riwayat Ahmad.

Betul kawan-kawan,

Kita ni sebagai manusia memang lemah dan amat-amat memerlukan Allah sepanjang masa. Baik ketika senang atau susah, ketika sempit atau lapang, ketika bahagia atau derita, ketika ada atau tiada sesuatu.

Doa ini juga ibadah. Inilah tandanya betapa kita ini perlu taat kepada Allah, tanda diri kita hina berbanding Allah dan sudah pasti doa juga merupakan kita amat-amat berhajat kepada Allah.

Berdoalah tanpa jemu. Tak perlu putus asa selagi apa yang dihajati belum kesampaian.

Yang pasti, rapatkan diri kita kepada-Nya.

WS Adli W Muhammad,
Terus didik rapatkan diri kepada Allah.

Thursday, September 26, 2019

Tiada manusia yang sempurna



Panduan

*KEBERKATAN HIDUP*

*Jenis2 keberkatan:*

*1. Keberkatan dalam hidup.* 🌼

Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

*2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).* ⏳

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

*3. Keberkatan pada rezeki.* πŸ’ž

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

*4. Keberkatan pada ilmu.* πŸ’‘

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

*5. Keberkatan pada rumah.* 🏑

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 

*6. Keberkatan pada keluarga.* πŸ‘³πŸΌ‍♀πŸ§•πŸΌ

Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah.

*7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.* 🀝

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

*8. Keberkatan pada pekerjaan.* πŸ’Ό

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

πŸŒ³πŸ“–✒πŸ“šπŸ€²πŸ“ΏπŸ•‹πŸŒΉ

Sunday, September 15, 2019

Muhasabah

Seorang sahabat bagi tau pada suatu pagi.. 
   "kau memang suka ketawa kan bahiyah.. Kalau datang sekolah tak dengar suara kau        ketawa tu maksudnya aku tau kau tak datang sekolah." 

 Anak murid pernah bagi tau.. 
     " cikgu ni.. Asyik suka jer.. Gelak jer memanjang.. Tak pernah tengok cikgu sedih.. Semua benda boleh jadi lawak.. "

Sahabat lama pernah  bertanya.. 
  " kau sekarang macam dulu lagi ke.. Asyik gelak jer.. "

Jadi.. Daripada tiga situasi tu aku tau..dari dulu lagi aku memang suka ketawa.. Alhamdulillah.. Aku dapat tunjuk muka ceria depan semua orang.. Walau hakikatnya dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui.. Biar aku pendam rasa yang ada.. Selagi ada daya.. Dan aku harap aku dapat juga ceriakan orang yang berada di keliling aku.. 

Aku tau.. Allah bagi ujian ini pun sebab Allah sayangkan aku.. Jangan terlalu suka dan leka dengan hal dunia.. Kena selalu menangis dan mengadu pada Allah.. Kena selalu cerita dan berkongsi segala hal dengan Allah..kea didik hati untuk selalu rindu dengan Allah.. InsyaAllah ada sebabnya.. ALLAHUAKBAR 












Tuesday, September 3, 2019

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

Air mata oh air mata

Mudah sangat air mata ini tumpah.. Dari sehari ke sehari.. ALLAHUAKBAR.. Hampir setiap malam ditemani mimpi ngeri.. Sehinggakan aku tak sanggup lagi untuk hadapi malam-malam yang mendatang.. Allahuakbar ya Allah.. Kau mudahkanlah perjalanan hidupku ini ya Allah.. Permudahkan urusan suamiku di dunia dan akhirat.. Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi perjalanan hidupku.. Permudahkanlah Ya Allah.. Kau jauhkan dan hindarkanlah diriku dari bisikan syaitan.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rab

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...