Pages

Saturday, May 16, 2020

Untungnya Jadi Cikgu

Kata orang jadi cikgu kerjanya senang
Masuk kelas bersenang lenang
Pelajar tiada yang ragam
Untungnya jadi cikgu

Kata orang jadi cikgu banyak duit
Kerja hanya separuh hari
Cukup bulan ambil gaji
Untungnya jadi cikgu

Kata orang kerja cikgu banyak cuti
Sabtu Ahad dia berehat
Pelajar cuti dia pun cuti
Untungkan jadi cikgu?

Kata orang jadi cikgu balik awal
Kerja lain pukul 5 masih dipejabat
Cikgu, pukul 2 sudah istirehat
Untungnya jadi cikgu

Kata orang kerja cikgu ini tidak mencabar
Hari hari kerja yang sama
Itulah kerjanya sampai tua
Untungnya jadi cikgu

Kata orang jadi cikgu ni kejam
Hari hari hukum pelajar
Suka hati rotan mereka
Untungnya jadi cikgu

Apa pula kata cikgu? 
Kalau kami goyang kaki 
Adakah pelajar pandai sendiri? 
Bukan niat meninggi diri
Bukan maksud menimbul iri
Sekadar mahu perjelas situasi


Kata cikgu gaji kami tidaklah tinggi
Sekadar cukup keperluan sendiri
Syukur atas nikmat diberi
Dengan pelajar dikongsi rezeki
Semoga tuhan merahmati

Kata cikgu kenapa perlu soal cuti?
Pelajar cuti, cikgu belum pasti
Sekolah tetap tempat dituju
Langsai amanah tak pernah lelah

Kata cikgu mungkin benar tiada cabaran
Tapi kami punyai kebahagiaan
Di dalam kelas menjadi guru
Di tengah padang menjadi pengadil
Kerusi rosak, dialah tukang kayu
Pelajar sakit, cikgulah pemandu
Dialah pendidik segalanya guru

Kata cikgu, pelajar dihukum atas bersebab
Tiada guru sengaja mendenda
Niat guru cuma satu
Mahu pelajar jadi berguna
Mahu mereka menjadi manusia

Maafkanlah....
Tiada niat mencetus riak
Tiada maksud mahu mengungkit
Jauh sekali diri merungut

Bukalah mata lapangkan dada
Kosong jua minda
Cubalah...
Marilah belajar memahami kami
Sebelum anda mengadili kami
Agar semua lebih mengerti

"Selagi kita bergelar guru,
  Selamanya kita akan dipanggil cikgu"

Nukila sofuan saadon

Saturday, May 2, 2020

Mulut Puaka Hati Mulia


Walau bermula dengan bismillah,
isi bicara terkandung fitnah
.
Pada setiap cercaan dan hujah,
selamba diselit astaghfirullah
.
Selepas rakus fitnah dan dendam,
disudahi dengan wallahuaklam
.
Inilah mainan munafik celaka,
namun masih ada yang percaya
.
Katanya mulut saja jahat,
namun hati baik dan terhormat
.
Hanya yang jahil akan tertipu,
hanya yang fanatik sokong melulu
.
Sedangkan nabi sudah bersabda,
hati dan mulut itu senada
.
Mana mungkin diperah limau,
keluarnya nanti tamar berkilau
.
Jika hati bersih dan suci,
kata-kata murni dan rapi
.
Jika hati gelap dan hitam,
semua terpacul berbau haram
.
Setelah dipijak maruah taulan,
ditutup dengan ayat pedoman
.
Semurah itu digunakan Quran,
pemanis ayat dalam kecaman
.
Janganlah mudah kalian dikaburi,
panah tajam mulut berduri
.
Elak terjebak mainan fitnah,
disulam cantik kalimah Allah
.
Jauhkan diri jauhkan hati,
agar selamat di sana nanti
.
.
#pemfitnahberiman?
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis
#muhasabah #ramadhan

Allahuakbar.. Terasa hingga ke tulang.. Sebenarnya itulah kita.. Semoga kita diberi keampunan dan diberi hidayah sepanjang masa... Bagaimana mulut begitulah hati dan sebaliknya.. Sering kita dimomok dengan ayat-ayat berbaur kenegerian.. Terlalu banyak pincangnya bicara.. Semoga Allah menjaga lidahku saat berkata-kata.. Semoga aku lebih bijak berfikir sebelum mengeluarkan bicara..

Friday, May 1, 2020

Sahabat





Bila berbicara tentang sahabat terlalu luas perkara yang boleh dikupas.. Secara rawaknya, aku jenis yang tidak banyak sahabat.. Boleh juga dikatakan agak memilih dalam bersahabat.. Mungkin ada yang akan kata aku sombong.. Tapi pada aku.. Sahabatlah yang akan mencorak kita.. Silap kita memilih sahabat, silap juga kita dalam mencorak peribadi kita.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan..


Aku jenis yang biasa dipengaruhi dan bukan mempengaruhi.. Memang perlu untuk aku memilih sahabat yang boleh menarik aku untuk berbuat kebaikan.. Bukan yang akan terus menolak ke arah yang bertentangan.. SubhanaAllah.. Sungguh Allah sayangkan aku kerana menghantar orang-orang yang baik dan penuh dengan kasih sayang untuk menjadi sahabatbaku.. Sahabat yang selalu membuat teguran kiranya terlebih kata.. Terlajak tingkah.. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah kami hingga ke jannah mu Ya Allah..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...