Pages

Saturday, May 16, 2020

Untungnya Jadi Cikgu

Kata orang jadi cikgu kerjanya senang
Masuk kelas bersenang lenang
Pelajar tiada yang ragam
Untungnya jadi cikgu

Kata orang jadi cikgu banyak duit
Kerja hanya separuh hari
Cukup bulan ambil gaji
Untungnya jadi cikgu

Kata orang kerja cikgu banyak cuti
Sabtu Ahad dia berehat
Pelajar cuti dia pun cuti
Untungkan jadi cikgu?

Kata orang jadi cikgu balik awal
Kerja lain pukul 5 masih dipejabat
Cikgu, pukul 2 sudah istirehat
Untungnya jadi cikgu

Kata orang kerja cikgu ini tidak mencabar
Hari hari kerja yang sama
Itulah kerjanya sampai tua
Untungnya jadi cikgu

Kata orang jadi cikgu ni kejam
Hari hari hukum pelajar
Suka hati rotan mereka
Untungnya jadi cikgu

Apa pula kata cikgu? 
Kalau kami goyang kaki 
Adakah pelajar pandai sendiri? 
Bukan niat meninggi diri
Bukan maksud menimbul iri
Sekadar mahu perjelas situasi


Kata cikgu gaji kami tidaklah tinggi
Sekadar cukup keperluan sendiri
Syukur atas nikmat diberi
Dengan pelajar dikongsi rezeki
Semoga tuhan merahmati

Kata cikgu kenapa perlu soal cuti?
Pelajar cuti, cikgu belum pasti
Sekolah tetap tempat dituju
Langsai amanah tak pernah lelah

Kata cikgu mungkin benar tiada cabaran
Tapi kami punyai kebahagiaan
Di dalam kelas menjadi guru
Di tengah padang menjadi pengadil
Kerusi rosak, dialah tukang kayu
Pelajar sakit, cikgulah pemandu
Dialah pendidik segalanya guru

Kata cikgu, pelajar dihukum atas bersebab
Tiada guru sengaja mendenda
Niat guru cuma satu
Mahu pelajar jadi berguna
Mahu mereka menjadi manusia

Maafkanlah....
Tiada niat mencetus riak
Tiada maksud mahu mengungkit
Jauh sekali diri merungut

Bukalah mata lapangkan dada
Kosong jua minda
Cubalah...
Marilah belajar memahami kami
Sebelum anda mengadili kami
Agar semua lebih mengerti

"Selagi kita bergelar guru,
  Selamanya kita akan dipanggil cikgu"

Nukila sofuan saadon

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...