Pages

Tuesday, April 28, 2020

Salam Ramadhan Pkp fasa 4




Baru sahaja diumumkan pkp fasa 4..dan hari ini adalah hari terakhir untuk pkp fasa 3.. Dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020..mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku.. Atas apa yang telah tersurat.. Ramai sahabat yang bingung dan termanggu atas pengumuman lanjutan pkp ini... Tak kurang juga ibu dan bapa pelajar aku di sekolah..Banyak keluhan tanpa sedar..


Pagi tadi.. Ada seorang bapa pelajar yang sebenarnya adalah seorang guru juga.. Tapi guru disebuah sekolah yang agak mahsyur.. Sekolah yang bukan calang-calang.. Sekolah yang kalau tiada gurunya, pelajarnya boleh bergerak sendiri.. Tujuan utama menghubungiku adalah semata untuk bertanya tentang bekalan kerja sekolah untuk anaknya yang merupakan pelajar aku yang agak lemah..
Bimbang tentang bekalan kerja rumah yang kurang dibekalkan.. Aku hanya tersenyum..walau aku tau dia tidak dapat melihat.. Senyum mendengar tuntutan latihan online.. Senyum mendengar tuntutan kerja rumah.. Senyum mendengar keluhan seorang bapa yang juga merupakan seorang guru..



Keluhan demi keluhan tanpa sedar seolah berkata dengan cermin kerana dia juga seorang pendidik.. Meminta-minta untuk dibuat latihan online yang lebih lagi untuk anaknya agar tidak ketinggalan..meminta tanpa sedar tentang keupayaan anaknya yang berada di kelas yang hujung untuk memahami pelajaran secara maya.. Allahuakbar.. Kami guru disekolah bukan tidak membekalkan kerja atau latihan kepada pelajar.. Bukan kami tidak bimbang dengan anak didik kami yang bakal ketinggalan.. Bukan kami melupakan anak didik kami.. bukan kami sengaja membiarkan anak didik kami tanpa hala tujuan.. Bukan kami sengaja biarkan anak didik kami lupa dengan pelajaran..



Tapi kami bagi mengikut kesesuaian.. Mengikut aras kebolehan pelajar agar tidak membebankan pelajar dan penjaga.. Bukan semua pelajar mempunyai data internet yang laju untuk download video dan gambar yang dibekalkan oleh guru.. Bukan semua pelajar berkemampuan dari pengetahuan untuk melaksanakan tugas tanpa bimbingan.. Bukan semua penjaga dapat membantu anak mereka dalam menyelesaikan masalah.. Semua itu perlu dititikberatkan.... semua itu harus difikirkan.. Supaya tidak ada yang rasa ketidaksamarataan.. supaya tiada ibu bapa yang lelah memikirkan anak-anak yang ketinggalan..


Maka tidak salahlah netizen asyik menyalahkan guru.. Maka tidak salah lah kalau netizen asyik mencari salah guru kerana guru juga yang memulakannya..
AllahuAkbar.. Maaf jika ada yang terasa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...