Pages

Wednesday, December 26, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN KALI PERTAMA SESSI 2019

Alhamdulillah mesyuarat kali pertama hari ini berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi.. terlalu banyak kejutan demi kejutan pada hari ini..


bermula dengan bacaan ikrar dan bersambung pula dengan penyerahan watikah tugas.. dan seterusnya bersambung dengan mesyuarat kurikulum.. diakhiri pula dengan majlis anugerah dan inovasi kepada guru-guru yang telah banyak menabur jasa kepada sekolah..chewahhh...


Alhamdulillah.. buat kali pertama mesyuarat guru diadakan di Hotel Super Cowboy.. sebenarnya kali pertama mesyuarat guru diadakan di hotel.. sempena mesyuarat kali terakhir bersama tuan pengetua sebelum beliau berpencen..


cheh sedih pula rasanya.. sebab 7tahun berada di bawah bimbingan tuan pengetua Hj Zolkaply.. berbagai ragam pahit dan manis ditempuh.. beliau banyak membimbing kami guru-guru baik dari segi pengurusan mahupun ict..


mesyuarat pada kali ini juga ditaja sepenuhnya oleh tuan pengetua sendiri..Alhamdulillah.. terima kasih tuan..


balik dari mesyuarat..bersambung pula sessi 'membawang' bersama kak Zaharah..kakak doktor yang masih lagi dalam perjuangan dalam mendapatkan PHD.. (tapi kami semua dah panggil doktor dulu).. 
kata-kata itu doa..sebagai sahabat aku sangat bangga dengan kak Zaharah..semoga yang baik-baik sahaja yang mengiringi kehidupannya...


cukup dulu menceceh untuk hari ini..esok sambung lagi untuk mesyuarat lain..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...