Pages

Saturday, December 8, 2012

happy anniversary

assalammualaikum...haha..lama x update..sibuk dengan urusan duniawi..ditambah pula anak-anak yang kena muntah2 +cirit birit..Ya Allah...kesian sungguh..sampai tak sanggup tengok keadaan anak yang macam tu..lima hari jugak la anak2 diuji dan teruji..

bersama bonda tersayang semasa hari pertunangan

Entry kali ni nak cerita pasal kawin masa muda2 dolu...ish..dah tua dah ke..?hm..bila sampai tarikh 3 disember jer mesti teringat zaman mula-mula nikah dulu..hehehe..
walhal aku bukannya jenis orang yang suka ingat dengan tarikh-tarikh keramat nie..birthday sendiri pun selalu lupa..inikan pula birthday en.suami..haha...

majlis  batal air sembahyang
 tapi jangan tak tau pulak..en. suami pun sama gak..tak pernah ingatnya tarikh-tarikh keramat nie..tapi aku pun jenis tak kesah..sebab sama jer 2X5...hadiah..?hmm kalau nak bagi tu tak yah tunggu tarikh keramat pun..rasa nak bagi, bagi je la..biasanya bagi bila dapat bonus la..ahaks..sempoi je..

selepas majlis akad nikah

3 Disember 2012...tahun ke 7 ulang tahun perkahwinan aku + en. suami...alhamdulillah..sepanjang 7 tahun ni dah banyak perkara suka duka yang kami lalui bersama..sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan jodoh yang serasi bersama en. suami..

wow..slim tak aku dolu-dolu..

aku berdoa agar ikatan kasih sayang antara aku dan en. suami semakin kuat dan kukuh...semoga kehidupan aku, en.suami dan anak-anak sentiasa diiringi dengan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat..

majlis resepsi..
 teringat masa majlis batal air sembahyang dulu..boleh pulak en.suami tak reti bukak gelang yang nak disarungkan pada tangan aku..lama la semua kena tunggu..adush!!! kenapa la tak terpikir nak berlatih bukak gelang sebelum majlis ari tuh..haha..

malu la kena suap..haha
 akhirnya...en. pengapit yang tolong bukakkan..nasib la boleh..kalau tidak...mau jenuh en. cameraman nak menunggu untuk amik gambar..alhamdulillah,..walaupun beza umur antara aku dan en. suami sampai 8 tahun, tapi tetap dapat restu dari kedua belah pihak..semoga kami bahagia hingga ke syurga hendaknya.

hari bahagia bersama x-boyfriend yang kini menjadi suami
 memang pada mulanya aku memang tak suka dengan en. suami nie..dah la aku pandang en. suami ni macam tua la untuk aku..haha..lepas tu hari-hari la en. suami ni datang melepak dekat meja aku..aku memang tak suka la sebab banyak mata yang memandang..entah macam mana Allah bukakan hati aku untuk suka dan terus jatuh cinta pada en. suami..syukur..

majlis yang kena bersopan santun
tapi masa tu kami bercinta senyap-senyap..dekat sekolah macam takde apa-apa hubungan je..tapi keluar gak g dating kat luar..hehe..cover line takut student nampak..semua kawan-kawan pun tak tau yang kami tengah bercinta..ada yang siap rekemen dengan adik lagi...tapi bila masa kami edarkan kad jemputan semua terkejut..haha..alahamdulillah..Allah maha mengetahui segalanya..

Tuesday, November 13, 2012

Dinner @Holiday In


Annual Dinner dari Kelab Guru dan juga meraikan 2 orang guru yang berpencen..aku memang suka la makan kat Holiday In ni..sebab makanan nye banyak pilihan..especially bahagian dessert..terlalu banyak sangat pilihannya..i loike...

muka suci sebelum baca doa makan
 Kebetulan masa nak pergi ke Jamuan ni punya la lebat hujan..sebelum sampai hotel, kitaorang singgah dekat Masjid Selat..tapi tak boleh nak bergambar langsung..kilat sabung menyabung..takut tengoknya..

aku tak main la amik nasi..dari awal hingga akhir, aku asyik makan lauk jer..
tengok..banyak tak pinggan kat atas meja tuh..

Dalam pukul 8 jugak la kitaorang sampai kat hotel..sampai-sampai jer tengok bos dah melambai suh kitaorang penuhka meja area depan...macam biasala..kitaorang buat tak tau jer sebab tak mau terlalu terikat dengan protokol..kalau jauh sikit okey gak..

sayur nie hidangan yang entah kali ke berapa agaknya..hahaha
banyak pilihan makann kat sini...bakar-bakar....makanan jepun, western, dessert dan banyak lagi...meh tengok gambar..

tak main minum air manis..air masak jer dah dekat 4 gelas minum...dahsyat!!
tengok..antara dessert yang ada
tengok coklat dia yang cair tu..fuh...!
antara yang dapat cabutan nama bertuah..first time dapat nie..
muka-muka kekenyangan..nak balik dah nie..
sempat bergambar kat lobi hotel
possing sikit...
























Kenny Rogers Roasters

meleleh air liur bila tengok ayam nie..hehe

Edisi makan lagi..kali nie dekat Kenny Rogers pulak...setelah berhari-hari stress dengan kerja-kerja tambahan dan beberapa event yang berturut-turut setiap hari,...macam biasa kitaorang pun pergi la release kat JJ..hehehe...
keadaan sopan sebelum makan..
 pilihan restoren kali ni kat Keany Rogers..mula-mula tu nak pergi kat Nando's..tapi kata Kak Laila, sos kat Nando's takleh nak blah..nanti akhirnya akan makan sos cili jer..so, aku pun sepakat dengan kawan-kawan yang lain untuk makan kat Keany Rogers jer..jer...hahaha

sibuk tanya orang sebelah nak minum apa..
makan kat sini okey la..sedap, harga mahal sikit..tapi nampak berbaloi..tengok la ayam yang disediakan tu..fuh...tapi yang paling best sekali, kita boleh tambah sos berapa banyak pun yang kita nak...rasanya dekat 3 kali kot kitaorang minta tambah sos ari tu...black pepper...yummmy...

tengok kentang putar tu...fuh...tengkap leleh...
muka tenang sebelum baca doa makan..

Kitaorang ari tu amik yang dalam set la..amik set quarter jer ayam tu..tapi rasa kenyang sangat sebab side dish tu yang menyebabkan kitaorang rasa mengah..satu lagi, muffin yang ada tu memang mantop..aku makan perisa coklat..ada jugak perisa vanila dan pisang..best!!!

menikmati muffin..pergh tengok mangkuk yang bersusun kat depan tu..aku tolong susun jer tau
Macam biasa la..kak Laila selalu jadi akauntan kitaorang terutama masa nak bayar..haha..tq kak

Malam Anugerah Inovasi


keadaan kat luar dewan..
Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga guru-guru SMK Iskandar Shah menjayakan malam anugerah Inovasi 2012.  Walaupun dalam keadaan bersungut dan merungut, akhirnya berjaya juga..merungut dan bersungut sebab terlalu penat dengan macam-macam event yang berturut-turut..huh!setiap hari pulak tu...naik longlai juga la badan nie melayankannya...

brochure yang team aku buat..
ni kad jemputan untuk tetamu yang diundang pada malam tu
aku sendiri dengan 2 orang teman sejawatan tak semana arah nak menyiapkan brochure dan kad jemputan...mana taknya, bajet ciput tapi nak macam-macam..haha..baru tau betapa susahnya kalau manusia yang berpaksikan kemewahan semata-mata..

backdrop kat atas pentas..huhu glamor gak la...
Entah berapa kali reject, entah berapa kali print...tapi yang aku tau semua dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan..huhu..alhamdulillah..akhirnya...Allah maha mengetahui..

keadaan dalam dewan besar SMK Iskandar Shah
antara hadiah kepada pemenang pada malam ini
majlis ni nampak macam gilang gemilang..walhalnya duduk kat dalam dewan sekolah jer..tapi nampak macam kat hotel....jangan main-main tau..hehe..ni semua permintaan bos..

sempat bergambar sebelum majlis bermula
pertandingan siapa yang paling tembam...of course aku la yang menang..hehehe
nak sangat la macam malam gala anugerah skrin..wakaka..bayangkan la yang team aku buat 'kad sebutan' untuk malam tu pun tak tau siapa pemenang...
       "tinggalkan tempat kosong jer..nanti boss isi sendiri" GKMP Bahasa sebagai orang tengah menyampaikan amanat..hmm..ikutkan jer la..

door gift yang kitaorang dapat..okey la..
Malam tu kitaorang semua dihidangkan dengan nasi baryani..aku bukanla peminat nasi baryani..tapi aku rasa macam boleh tahan..makanannya tidak terlalu heavy dengan rempah..

Kak Laila macam mak-mak tolong sendukkan nasi dan lauk

walau aku tak berapa suka makan nasi beriani..tapi habisla,,
 Alhamdulillah sekali lagi, blog panitia yang aku buat telah mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah..kali ni blog panitia dapat merangkul Anugerah Blog Panitia Terbaik..

ini la trofi yang dapat

zoom gambar..
 
jangan main-main tau..bukan senang nak dapat anugerah macam tu....banyak juga calon dari blog lain...tapi nampaknya nasib lebih memihak kepada blog yang aku buat..uhuhu..tangkap leleh lak..terharu..

Trofi yang dapat..Ketua Panitia aku yang amik untuk hadiah blog terbaik..

Wednesday, November 7, 2012

Pameran Inovasi 2012

buat-buat sibuk..haha


Assalammualaikum...entry kali ni nak cerita pasal pameran inovasi pulak..buat peringkat sekolah je..tapi sedikit teruja sebab kena paksa buat dengan boss..huhu..aku ok jer sebab aku cuma terlibat secara tak langsung jer...tapi terasa jugak la kepenatannya..jom check it out!! biar gambar menceritakan segalanya...

pelajar menunjukkan cara untuk menguji skill dan teknik

nie antara permaianan yang ada kat booth aku la..

nama pun inovasi..tayang la sket slide show online
ni dari booth pendidikan seni..apa ntah nama dia..aku panggil susun beras..:)


kreatif...susunan kulit kayu manis..ade yang tiru buat hantaran nanti..hahaha

conteng kasut..boleh la


apa yang inovasi di sini..?tengok pada meja komputer tu..buat sendiri tu...
dapur solar..guna tenaga solar untuk masak air..masak air je tau..nasi tak boleh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...