assalammualaikum...haha..lama x update..sibuk dengan urusan duniawi..ditambah pula anak-anak yang kena muntah2 +cirit birit..Ya Allah...kesian sungguh..sampai tak sanggup tengok keadaan anak yang macam tu..lima hari jugak la anak2 diuji dan teruji..
|
bersama bonda tersayang semasa hari pertunangan |
Entry kali ni nak cerita pasal kawin masa muda2 dolu...ish..dah tua dah ke..?hm..bila sampai tarikh 3 disember jer mesti teringat zaman mula-mula nikah dulu..hehehe..
walhal aku bukannya jenis orang yang suka ingat dengan tarikh-tarikh keramat nie..birthday sendiri pun selalu lupa..inikan pula birthday en.suami..haha...
|
majlis batal air sembahyang |
tapi jangan tak tau pulak..en. suami pun sama gak..tak pernah ingatnya tarikh-tarikh keramat nie..tapi aku pun jenis tak kesah..sebab sama jer 2X5...hadiah..?hmm kalau nak bagi tu tak yah tunggu tarikh keramat pun..rasa nak bagi, bagi je la..biasanya bagi bila dapat bonus la..ahaks..sempoi je..
|
selepas majlis akad nikah |
3 Disember 2012...tahun ke 7 ulang tahun perkahwinan aku + en. suami...alhamdulillah..sepanjang 7 tahun ni dah banyak perkara suka duka yang kami lalui bersama..sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan jodoh yang serasi bersama en. suami..
|
wow..slim tak aku dolu-dolu.. |
aku berdoa agar ikatan kasih sayang antara aku dan en. suami semakin kuat dan kukuh...semoga kehidupan aku, en.suami dan anak-anak sentiasa diiringi dengan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat..
|
majlis resepsi.. |
teringat masa majlis batal air sembahyang dulu..boleh pulak en.suami tak reti bukak gelang yang nak disarungkan pada tangan aku..lama la semua kena tunggu..adush!!! kenapa la tak terpikir nak berlatih bukak gelang sebelum majlis ari tuh..haha..
|
malu la kena suap..haha |
akhirnya...en. pengapit yang tolong bukakkan..nasib la boleh..kalau tidak...mau jenuh en. cameraman nak menunggu untuk amik gambar..alhamdulillah,..walaupun beza umur antara aku dan en. suami sampai 8 tahun, tapi tetap dapat restu dari kedua belah pihak..semoga kami bahagia hingga ke syurga hendaknya.
|
hari bahagia bersama x-boyfriend yang kini menjadi suami |
memang pada mulanya aku memang tak suka dengan en. suami nie..dah la aku pandang en. suami ni macam tua la untuk aku..haha..lepas tu hari-hari la en. suami ni datang melepak dekat meja aku..aku memang tak suka la sebab banyak mata yang memandang..entah macam mana Allah bukakan hati aku untuk suka dan terus jatuh cinta pada en. suami..syukur..
|
majlis yang kena bersopan santun |
tapi masa tu kami bercinta senyap-senyap..dekat sekolah macam takde apa-apa hubungan je..tapi keluar gak g dating kat luar..hehe..cover line takut student nampak..semua kawan-kawan pun tak tau yang kami tengah bercinta..ada yang siap rekemen dengan adik lagi...tapi bila masa kami edarkan kad jemputan semua terkejut..haha..alahamdulillah..Allah maha mengetahui segalanya..
No comments:
Post a Comment