Pages

Sunday, December 30, 2018

Program anak-anak

Kebetulan sebenarnya.. en.suami daftarkan anak untuk program otak tengah atau pun mid brain..jadi aku pun cari homestay sekitar UPM sebab lokasi program pengaktifan otak tengah kali ni dibuat di Kolej Kediaman ke lima..


rindu dengan UPM.. rindu dengan kehidupan sebagai pelajar.. rindu dengan kenangan demi kenangan yang banyak mengajar erti kedewasaan.. rindu dengan pengalaman yang tiada tolok bandingnya.. Allahuakbar.. sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya..


cari punya cari.. dapat homestay 3 bilik.. Az Decentrum.. lebih kurang 10 minit ke UPM.. kalau tengok betul-betul..memang boleh nampak bangunan UPM.. betul-betul bersebelahan dengan UNITEN.. kolam yang sangat luas.. kira puas juga berenang.. aku memang spesies yang tak boleh tengok kolam renang.. macam rasa tak lengkap kalau tak rasa berenang.. hahaha


seronok sangat sebab rumah paling tepi.. dapat pemandangan malam yang sangat indah.. dapat tengok banyak lampu... sesekali jadi orang bandar..


dapat tengok lampu dari aras 28.. sambil meniarap atas katil.. selak langsir dapat tengok kereta bergerak atas jalan.. aduh jakun..
seronok juga bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan anak-anak buah.. sesekali berhimpit bersesak-sesak... hahaha

Wednesday, December 26, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN KALI PERTAMA SESSI 2019

Alhamdulillah mesyuarat kali pertama hari ini berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi.. terlalu banyak kejutan demi kejutan pada hari ini..


bermula dengan bacaan ikrar dan bersambung pula dengan penyerahan watikah tugas.. dan seterusnya bersambung dengan mesyuarat kurikulum.. diakhiri pula dengan majlis anugerah dan inovasi kepada guru-guru yang telah banyak menabur jasa kepada sekolah..chewahhh...


Alhamdulillah.. buat kali pertama mesyuarat guru diadakan di Hotel Super Cowboy.. sebenarnya kali pertama mesyuarat guru diadakan di hotel.. sempena mesyuarat kali terakhir bersama tuan pengetua sebelum beliau berpencen..


cheh sedih pula rasanya.. sebab 7tahun berada di bawah bimbingan tuan pengetua Hj Zolkaply.. berbagai ragam pahit dan manis ditempuh.. beliau banyak membimbing kami guru-guru baik dari segi pengurusan mahupun ict..


mesyuarat pada kali ini juga ditaja sepenuhnya oleh tuan pengetua sendiri..Alhamdulillah.. terima kasih tuan..


balik dari mesyuarat..bersambung pula sessi 'membawang' bersama kak Zaharah..kakak doktor yang masih lagi dalam perjuangan dalam mendapatkan PHD.. (tapi kami semua dah panggil doktor dulu).. 
kata-kata itu doa..sebagai sahabat aku sangat bangga dengan kak Zaharah..semoga yang baik-baik sahaja yang mengiringi kehidupannya...


cukup dulu menceceh untuk hari ini..esok sambung lagi untuk mesyuarat lain..

Tuesday, December 25, 2018

Kembali semula..yeayy!!

Lama rasanya tidak menceceh di sini..lantaran kesibukan menguruskan anak-anak didik dan anak-anak di rumah...tambahan lagi dengan cuti yang pendek dengan berbagai-bagai aktiviti dan program..sungguhh..


rindu rasa nak berbloging lagi..walaupun trend zaman sekarang lebih pada instagram, facebook dan banyak lagi...memang dunia blog ni dah jauh ketinggalan.. tapi sesekali kena juga menjengah dunia blog ni..untuk mengingati zaman legend..hahaha..


baru-baru ni aku sibuk menguruskan wakaf yang aku beli untuk sekolah..eh..aku ke??sebenarnya duit yang kelab aku menang baru-baru ni..duit tu yang guna untuk beli wakaf tu..cantik..
aku beli dari WAKAF WARISAN...


sangat bagus..dari segi layanan dan harga..semua boleh bincang..
alhamdulillah.. dapat harga yang memuaskan dengan saiz ukuran yang agak besar...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...