Pages

Sunday, October 23, 2016

Tabahkah aku..?

Assalammualaikum.. belum kuat lagi hati aku ni nak bercerita tentang penyakit en.suami yang baru diketahui dalam 2 bulan kebelakangan ni..
Kalau bercerita.. mesti diiringi dengan air mata..Allahuakbar.. kuatkan lah hati hambamu ini.. baru-baru ni aku ada terserempak dengan sepupu..sepupu yang jarang-jarang jumpa.. tapi setiap kali raya dia memang akan menyinggah ke rumah mak.. apa yang dia pesan pada aku memang sentiasa terngiang-ngiang di telinga..
"terima je la ujian dari Allah.. lain orang lain ujiannya.. dah ini bahagian engkau.. redho je la"
Masa mula-mula dengar ayat tu.. aku rasa macam nak balas je
"Senang nya cakap... mudahnya ayat.."
Tapi sebab aku tak sampai hati nak lukakan hati tetamu.. aku diamkan saja..
Tapi bila aku fikir semula ada benarnya apa yang dia bagi tau.. cuma aku masih lagi berdoa supaya hati aku tenang dan kuat untuk terima dugaan dan ujian dari Allah..
Khamis ini.. 27 oktober 2016.. keputusan biopsi sampel ketumbuhan dari pembedahan akan keluar.. Allah.. Mohon dokan supaya aku dan en.suami dengar perkara yang elok saja dari mulut tn. doktor..
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.. kuatkan hati aku dan en.suami..tabahkanlah hati kami.. kuatkan lah semangat kami Ya Allah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...