Pages

Thursday, January 7, 2016

Kebanggaanku

Alhamdulillah dapat juga buat posting kali ni.. semakin menganjak ke tahun 2016 ni semakin sibuk..dunia oh dunia.. sibuk mengadap anak-anak.. sibuk mengadap anak didik.. 

pagi semalam Umair bagi tau yang cikgu lantik dia jadi ketua kelas.. sedangkan dia baru tahun ini masuk ke kelas 4S.. sebelum ni berada dalam kelas 3K..alhamdulillah cikgu memberi kepercayaan pada anakku.. pada aku setakat ketua kelas.. biasa la.. sebab aku seorang guru sekolah menengah.. tapi tidak pada anakku Umair.. dia merasakan sebagai satu penghargaan apabila dia dilantik oleh gurunya.. bila aku mendalami keadaan dan situasi dia di mana cikgu yang melantik.. diberi tanggungjawab.. sebagai orang pertama di dalam kelas..aku dapat rasakan kebanggaan itu..alhamdulillah semoga anakku dapat memikul amanah yang di berikan dengan sebaiknya..


Tapi posting aku kali ni bukan sekadar nak bercerita tentang Umair..aku nak bercerita tentang seorang anak didikku yang aku ajar semenjak tingkatan 4.. aku hanya ajar matematik.. masuk ke tingkatan 5 juga masih aku yang ajar matematik.. beliau seorang yang ringkas..bukan seorang yang ulat buku tapi seorang yang SMART..SMART dalam semua hal.. seorang pengawas yang tegas.. seorang gadis yang manja..yang dapat memberikan jawapan walau dalam keadaan apa sekalipun.. tidak mengira situasi, dan biasanya jawapannya selalu betul.. selepas dapat keputusan SPM beliau berjaya menjadi pelajar cemerlang Negeri Melaka.. aku tumpang bangga walau pun jasa aku tak seberapa..


Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam jurusan perubatan.. Alhamdulillah dengan adanya Facebook, kami masih lagi berhubung.. mengambil tahu keadaan dia di tempat orang.. aku juga orang yang tumpang risau bila keadaan bergolak di Mesir.. sibuk mengambil tahu bila beliau terpaksa keluar dari Mesir menaiki kargo..


Hidup jauh dari keluarga.. berdikari sendiri.. tidak dapat bertemu dengan keluarga tersayang dalam tempoh yang agak lama.. walaupun ketika ayahnya kembali ke rahmatullah..
Alhamdulillah kini, pada tahun 2016.. beliau telah berjaya menamatkan pelajaran.. setelah 6 tahun berjuang di tempat orang.. aku juga tumpang bangga.. walau tiada jasa ditaburkan disitu.. sekurang-kurangnya aku tahu ada anak didikku yang berjaya.. syukur ya Allah.. Ira Munirah hj Rosti.. semoga terus berbakti dan istiqamah menjadi muslimah sejati.. i'm proud of you

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...