Pages

Sunday, January 31, 2016

Merentas desa 2016

As salammualaikum.. ari ni nak cerita pasal merentas desa peringkat sekolah pula.. sebenarnya dalam sibuk gawat ni kebanyakan acara sukan dan permainan ditiadakan.. kesian juga bila tengok anak pelajar dah gigih berlatih tapi pertandingan ditiadakan.. semua permainan terus ke peringkat negeri.. setiap sekolah hanya perlu menghantar 5 orang wakil untuk dipilih ke peringkat negeri.. bayangkan dalam daerah jasin sahaja ada 23 buah sekolah menengah... nak 23 x 5.. nak pilih hanya 1 pasukan untuk ke peringkat negeri.. nasib kaulah anak-anak.. apakan daya kita.. umpama timun sahaja..

 merentas desa kali ni aku, nani dengan kak jah berada di CP 5.. sedikit kekecohan sebelum bermulanya larian merentas desa bila papan pacak CP tiada di tempat yang sepatutnya..ada salah faham antara SU sukan yang baru dilantik dengan teknikal.. maklumla SU baru.. masih lagi mencari pengalaman..

 tapi pada aku, dari segi pengurusan
 

Monday, January 25, 2016

Happy birthday Adi Mulhim..!


Assalammualaikum.. seharian hari ni keluar berjalan.. dah penat ke agro tourism tadi, balik sempat pula menyinggah ke Keasang Laut mencari ikan..sebelah malam pula ajak akak ipar dan keluarga makan di luar..lama dah sebenarnya kami semua tak keluar lepak-lepak makan macam ni.. kebetulan hari ni birthday adi dan abang ipar serentak..jadi konon-konon meraikan la..sebenarnya lebih kepada meraikan perut sendiri...


tempat makan kali ni encik suami yang pilih..nak makan di windmill katanya..yeayyyy!! aku memang suka banyak la.. sebab makanannya pelbagai.. kanak-kanak, dewasa dan warga emas semua boleh layan..


Selamat hari jadi adi..semoga cemerlang dunia akhirat.. menjadi anak dan hamba Allah yang soleh hendaknya amin..



KEM MODAL INSAN AGROTOURISM HOMESTAY, PARIT PENGHULU


Assalammualaikum... kali ni nak cerita pasal Kem Kepimpinan yang dibuat oleh pihak kaunselor sekolah..hanya 2 hari 1 malam yang bertempat di Parit Penghulu.. kem tersebut melibatkan pengawas asrama, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.. Lebih kurang 4 bas pengangkutan dari sekolah ke Parit Penghulu ini..

Aku memang baru pertama kali sampai di sini.. tapi aku memang tertarik hati dengan keadaan persekitaran yang banyak dengan pokok-pokok dan terjaga rapi.. kawasan dewan dan ruang makan yang besar dan bersih.. di kawasan ini juga banyak terdapat haiwan-haiwan peliharaan seperti kambing, kuran-kuran, anak monyet dan macam-macam lagi..tiba-tiba aku rasa macam buat karangan SPM pula..
tapi yang paling menarik sekali terdapat koleksi barang-barang antik yang dibuat hiasan dikawasan dewan..ada duit syiling lama..pedang..gong dan banyak lagi..

walaupun aku datang sekejap je kat kawasan kem ni tai aku dapat rasa ketenangan bila tinggal di sini.. setara dengan harga yang ditawarkan.. aku rasa sesuai la kawasan ni dengan program kepimpinan yang dianjurkan.. semoga anak didik pemimpin yang ada ni dapat impak yang bagus..

Umair pun kebetulan ikut aku sebab nenek takde di rumah rasa teruja.. dapat banyak ilmu bila dapat tengok dan pegang haiwan ternakan dan barang-barang antik yang ada.. teruja juga sebab pertama kali dapat tengok angsa secara dekat.

cantik kan...
jadi, jom kita layan gambar..
Antara guru yang terlibat untuk sesi pagi ni
anank-anak pelajar tidak melepaskan peluang

teruja dapat naik atas sampan tepi rumah





























Thursday, January 7, 2016

Kebanggaanku

Alhamdulillah dapat juga buat posting kali ni.. semakin menganjak ke tahun 2016 ni semakin sibuk..dunia oh dunia.. sibuk mengadap anak-anak.. sibuk mengadap anak didik.. 

pagi semalam Umair bagi tau yang cikgu lantik dia jadi ketua kelas.. sedangkan dia baru tahun ini masuk ke kelas 4S.. sebelum ni berada dalam kelas 3K..alhamdulillah cikgu memberi kepercayaan pada anakku.. pada aku setakat ketua kelas.. biasa la.. sebab aku seorang guru sekolah menengah.. tapi tidak pada anakku Umair.. dia merasakan sebagai satu penghargaan apabila dia dilantik oleh gurunya.. bila aku mendalami keadaan dan situasi dia di mana cikgu yang melantik.. diberi tanggungjawab.. sebagai orang pertama di dalam kelas..aku dapat rasakan kebanggaan itu..alhamdulillah semoga anakku dapat memikul amanah yang di berikan dengan sebaiknya..


Tapi posting aku kali ni bukan sekadar nak bercerita tentang Umair..aku nak bercerita tentang seorang anak didikku yang aku ajar semenjak tingkatan 4.. aku hanya ajar matematik.. masuk ke tingkatan 5 juga masih aku yang ajar matematik.. beliau seorang yang ringkas..bukan seorang yang ulat buku tapi seorang yang SMART..SMART dalam semua hal.. seorang pengawas yang tegas.. seorang gadis yang manja..yang dapat memberikan jawapan walau dalam keadaan apa sekalipun.. tidak mengira situasi, dan biasanya jawapannya selalu betul.. selepas dapat keputusan SPM beliau berjaya menjadi pelajar cemerlang Negeri Melaka.. aku tumpang bangga walau pun jasa aku tak seberapa..


Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam jurusan perubatan.. Alhamdulillah dengan adanya Facebook, kami masih lagi berhubung.. mengambil tahu keadaan dia di tempat orang.. aku juga orang yang tumpang risau bila keadaan bergolak di Mesir.. sibuk mengambil tahu bila beliau terpaksa keluar dari Mesir menaiki kargo..


Hidup jauh dari keluarga.. berdikari sendiri.. tidak dapat bertemu dengan keluarga tersayang dalam tempoh yang agak lama.. walaupun ketika ayahnya kembali ke rahmatullah..
Alhamdulillah kini, pada tahun 2016.. beliau telah berjaya menamatkan pelajaran.. setelah 6 tahun berjuang di tempat orang.. aku juga tumpang bangga.. walau tiada jasa ditaburkan disitu.. sekurang-kurangnya aku tahu ada anak didikku yang berjaya.. syukur ya Allah.. Ira Munirah hj Rosti.. semoga terus berbakti dan istiqamah menjadi muslimah sejati.. i'm proud of you

Monday, January 4, 2016

Selamat tahun baru !!



As salammuaalaikum.. selamat tahun baru.. rasanya belum terlewat lagi nak ucap selamat tahun baru.. terlalu sibuk (konon)..


sibuk menguruskan anak-anak.. sibuk menguruskan buku teks.. sibuk menguruskan site vle.. alhamdulillah dapat menguruskan mengikut waktunya..


Hari ni hari pertama persekolahan.. macam biasa aku punya azam bermula bila sekolah bermula.. masuk tahun baru belum rasa lagi nak buat azam..kiki.. tahun ni aku nak sambung azam tahun lepas.. nak belajar jadi muslimah sepenuhnya.. belajar menutup aurat sepenuhnya.. belajar menjaga tutur kata dan tatasusila sepenuhnya.. nak jadi insan terpilih untuk tahajjud.. nak jadi insan terpilih untuk dhuha.. InsyaAllah.. semoga Allah permudahkan semuanya..


Hari ni ainul farhah masuk darjah 1..aku bergilir dengan en.suami untuk menunggu di sekolah.. ajar cara membeli makanan.. ajar cara nak ke tandas.. alhamdulillah di permudahkan..ainul tidak menangis..pandai mencari kawan..(walau pun sedikit memilih macam umminya)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...