Guru ke cikgu? Pada aku sama je..itulah aku..pekerjaan yang asalnya kerana terpaksa tapi akhirnya sudah sebati dalam jiwa..
Perbincangan profesional..belajar update frog vle |
sejak akhir-akhir ni macam-macam cerita dalam bidang pendidikan yang telah digembar-gemburkan..rasanya kalau cerita mau 3 hari 3 malam..
Jadi pegawai imegresen untuk buat pasport pelajar ke Thai |
pada aku,walau tak suka macam mana pun kalau dah jadi cikgu dan dah keluar pekeliling dari KPM, arahan tetap perlu dilaksanakan..SAYA YANG MENURUT PERINTAH..haha
Jadi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat buat agihan kurma |
Sebagai cikgu juga,aku dapat rasa menjawat bermacam-macam jawatan..antara percaya dengan tidak je..cikgu yang sekarang bukan seperti cikgu yang dulu..cabaran untuk mendidik pelajar sekarang terlalu sukar untuk diungkapkan..
Jadi tukang kebun untuk program gotong-royong |
Terlalu banyak luahan hati guru-guru telah dilemparkan..walau pun entah untuk siapa lemparan itu..tapi hakikat yang paling nyata lemparan dan luahan itu hanya untuk melepaskan rasa..bukan untuk orang di luar sana yang 'kurang faham' dengan istilah mendidik..
Jadi chef untuk program bubur asyura |
Mentaliti masyarakat masih sama walaupun zaman dah berubah..anak-anak remaja yang baru habis pengajian disuruh jadi CIKGU..senang nanti..kerja separuh hari..cuti banyak..senang nak urus rumahtangga..mulianya hati orang yang beranggapan macam tu..haha semoga anggapan itu akan menjadi kenyataan..
Jadi consultan untuk merancang kewangan dalam kelab pelaburan |
Ni antara gambar yang dapat dikumpulkan..bukan lakonan tapi realiti..bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar untuk perkongsian tentang keseronokan dan kemeriahan sebagai seorang guru...i love my job.
Jadi pegawai bank untuk buka buku akaun ASB pelajar |