Pages

Thursday, September 26, 2013

OPEN HOUSE

     Aidilfitri yang lepas aku dan en.suami bersepakat nak menjamu rakan-rakan..rasanya sejak berpindah 4 tahun yang lepas, baru sekali aku buat jamuan makan-makan untuk kwan-kawan..kebetulan sekolah en.suami ada buat program marhaban dari rumah ke rumah yang terpilih..
     alhamdulillah rumah aku terpilih untuk program tersebut..bermula pukul 4 petang,sebaik sahaja aku balik dari sekolah..kawan-kawan,sedara-mara, jiran tetangga, dan sahabat lama semua bekunjung..
    alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahim..syukur pada yang dapat hadir..maaf juga dipinta seandainya layanan dan makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa..tapi seandainya perkara yang berlaku sebaliknya.. syukur pada yang maha Esa


Malam Marhaban..bersama dengan sahabat dan saudara mara

bila dalam rumah dah penuh, luar rumah pula jadi port

malam kejadian

sahabat iskandarian

Wednesday, September 25, 2013

kesian si kancil

          Kalau bulan 3 ari tuh abang wira masuk wad, sekarang adik kancil pula ambil giliran..terperanjat pun ada..en.suami yang bawa..cium pula kereta rakan sekerja merangkap jiran setaman..

          aduhai..macam mana keadaan tu berlaku biarlah aku dan en.suami sahaja yang tahu..terus terang aku tidak ralatkan keadaan si kancil, tapi aku cukup risau dengan kesihatan en.suami..hanya Allah yang tahu perasaan isteri ini..

          tapi aku tahu semua yang berlaku adalah ujian Allah untuk en.suami dan aku sebagai isteri..sebagai ingatan tentang kasih sayang Allah untuk umatnya..doaku semoga tiada ulangan pekara seperti ini dan semoga en.suami dapat sembuh sepenuhnya..selebihnya aku hanya beserah pada Allah..

Sunday, September 15, 2013

Zoo Melaka

Pengisian cuti..saja bawa anak-anak berjalan..dalam Melaka je la..kesihatan En. Suami belum membenarkan kami semua untuk pergi bercuti jauh..In sha Allah bila dah sembuh sepenuhnya nanti boleh la bawa anak-anak berjalan jauh sikit

sempat bergaya sementara tunggu ayah beli tiket
Pengisian cuti kali ni, kami sekeluarga ke Zoo Melaka..anak-anak memang teruja memanjang..























naik komuter

Cuti sekolah bulan 5 yang lepas, saja bawa Umair & Farhah naik komuter...kira macam lawatan sambil belajar la..maklum saja melaka belum ada komuter lagi..Umair & Farhah memang nampak sangat teruja..macam-macam cerita yang keluar..

Tiket untuk kanak-kanak RM 0.80
Antara dialog jujur dari Umair...
1. pergh!!ramainya orang...eh orang cina pun ada la...
2. eh macam keretapi la dalam komuter nie..
3. wah..ada tv la..

Tiket untuk dewasa RM 1.80

afiq...pangkat anak buah Umair

kanak-kanak...mujur ada cikgu nafisah n cikgu naziha

ainul farhah tak sabar nak naik komuter

kak cik tunjuk cara untuk beli tiket


tengok tiket jatuh..

cikgu nafisah sedang beri penerangan

kami,,,

hilangkan bosan tunggu komuter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...