Pages

Tuesday, November 19, 2013

tertipu!!!



Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekolah Unggul, Penjana Generasi Terbilang
Utama
Navigasi
B.Malaysia
English
PEMBERITAHUAN
< Previous Top Next >

PROFIL KEPIMPINAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
13 November 2013

PROFIL KEPIMPINAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
1.Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, transformasi pendidikan memerlukan barisan kepimpinan pada peringkat JPN dan PPD berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya untuk memimpin dan mengurus sumber dengan baik ke arah peningkatan prestasi sekolah seperti yang dihasratkan dalam Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.
2.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat untuk membangunkan satu pangkalan data bagi kumpulan kepimpinan pada pelbagai peringkat Kementerian di seluruh negara.
3.Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan Kementerian mengenal pasti tahap keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kumpulan kepimpinan. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan profil kepimpinan dan pembangunan kerjaya pegawai di JPN dan PPD pada masa hadapan.
4.Untuk itu, Kementerian akan menjalankan proses mengenal pasti Profil Kepimpinan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kumpulan kepimpinan.
5.Sila rujuk lampiran berikut untuk lebih maklumat (sila lihat di ruangan muat turun di bawah):
Surat Siaran
FAQ
Kompetensi Fungsian
6.Lengkapkan borang secara atas talian pada link berikut
Kumpulan 1 – https://www.research.net/s/Profil_Kepimpinan_K1
Kumpulan 2 – https://www.research.net/s/Profil_Kepimpinan_K2
Untuk maklumat mengenai Kumpulan 1 and Kumpulan 2, sila rujuk Surat Siaran dan FAQ.
7.Sila muat turun borang di ruangan muat turun di bawah (hanya untuk Kumpulan 2)
8.Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Telefon: 03-88847930 / 03-88721417
Emel: azhar.anas@moe.gov.my

Muat Turun
Surat Siaran
FAQ
Kopetensi Fungsian
Borang


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

© 2012 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya, Malaysia
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan.

MAKLUMAT BOS POST DEKAT WHATSAPP DAN BAGI TAU KETUA PANITIA WAJIB ISI..SIAP BAGI LINK WEB LAGI TUH.

https://www.research.net/s.aspx?sm=gd5HaYmowL4ChP1LVEcN81lElLWvfrmFn11Sixw%2fjYM%3d#q1

    PAGI TADI SEORANG SAHABAT YANG JUGA KETUA PANITIA BAGI TAU YANG BORANG TU SEBENARNYA UNTUK GURU  YANG INGIN MOHON UNTUK KE PPD..ADOYAI!!!! TERUS RASA BENGANG YANG AMAT SANGAT.
     TAPI APA YANG BOLEH BUAT..BORANG PUN DAH SIAP DAN DAH HANTAR DAH PUN..TAK BOLEH BUAT APA LAGI..SEKARANG CUMA BERDOA DAN BERHARAP SUPAYA BUKAN AKU YANG TERPILIH..

Tuesday, November 12, 2013

imegrisen melaka

Minggu lepas memang minggu yang sibuk..minggu bertugas,minggu bermula spm, minggu uruskan pasport dan jadual perjalanan ke Thailand..

Muka ceria walau pun...

pening uruskan pasport tak seberapa tapi pening uruskan pelajar dan parents..pening kena tunggu pelajar balik rumah kerana tertinggal kad pengenalan..pening layan kerenah parents yang kejar masa nak ke tempat kerja..tapi ada juga parents yang sporting dan faham dengan kerjaya cikgu yang masa tu dah macam kerani pun ada juga..macam-macam..

Monday, November 11, 2013

SIJIL

Alhamdulillah dapat lagi anugerah pengetua pada tahun ini..kalau tahun lepas dapat atas nama panitia,tapi tahun ni dapat atas nama sendiri pulak..syukur

Tuesday, November 5, 2013

Melaka Bandaraya Bersejarah

Alhamdulillah semalam dapat juga aku dan en.suami bawa anak-anak pusing bandaraya bersejarah ni..cuaca pun elok je semalam,jadi aku pun gigih bawa Adi sekali..
Gigih nak bergambar dengan meriam

mula-mula hajat di hati ingin menaiki 'duck tour'..tapi sayang tiket dah habis rupanya..
Beria sangat nak bergambar dekat keretapi

memang aku tak sangka,ingatkan pergi hari sekolah lapang la..rupanya ramai juga yang mengambil cuti peristiwa macam sekolah aku..jadi aku dapat bawa anak-anak naik menara tamingsari..
Pandangan dari atas menara..jakun

orang Melaka yang first time naik menara,.kalau tak asyik dengar orang bercerita je..gayat la juga masa mula-mula naik tu..dekat atas tu menara tu berpusing lebih kurang dalam 4kali juga..
Hehe tengok muka adi xde perasaan

Selesai solat dan makan tengah hari, kami semua terus gerak ke taman rempah..terasa nak naik cruise dari situ..senang sikit sebab kawasan situ agak tenang..bila bawa budak kecil ni aku rimas sikit bila pergi tempat yang sesak dan ramai orang..
Model Taman Rempah

alhamdulillah sampai je dekat situ memang keadaan agak tenang..orang pun tak ramai..lepas beli tiket, kitaorang terus naik bot..x payah tunggu lama..
Candid budak berdua

dalam cruise tu pun ada 4 keluarga je masa cruise mula bergerak..anak-anak memang suka sangat la..dapat tengok air, tengok keliling yang cantik..
Pemandangan keliling yang cantik





Sunday, November 3, 2013

ikan fresh

Tengah ribut hujan lebat..aku, en.suami dan anak-anak gigih mencari ikan fresh..

Saturday, November 2, 2013

aksi anak-anak

Lepak di rumah sempena cuti deepavali..nak keluar rasa malas..














Kejutan!!!

Khamis lepas aku baru naik sekolah setelah berkursus selama 3 hari..sebelum tu aku memang dah tempah kek dari tira (anak salah seorang rakan sekerja)..lepas tu
Yummy..
pakat-pakat cari waktu yang semua orang ada free..apa lagi..sorong je kek pada kak lela..rakan sekerja yang sporting dan supportive..jom layan gambar..

adi mulhim dibotakkan

Ni gambar adi mulhim botak untuk kali kedua..masa penghujung syawal..saja je botakkan..tapi bila nenek tengok nenek dah bising..biasa la orang tua..kesian la..tak hensem la..macam-macam lagi..aku dan en.suami sengeh je la

Macam cemas je
Gatal kena rambut halus
Dah tiga suku siap
Proses melicin pula
Budak tak reti duduk diam
Akhirnya..

Semua pun ok


Oleh  kerana adi bersikap baik jadi dapat upah makan pizza..haha adi bukan makan pu


















Friday, November 1, 2013

Kursus Pedagogi Matematik

Alhamdulillah dah hampir ke penghujungnya..kursusnya 3 hari je..buat pula di JPNM..tapi penatnya hanya Allah yang maha mengetahui..
Kalau selalu keluar rumah pukul 7.10..paling awal pun pukul 6.50..tapi sejak kursus ni bermula,aku terpaksa keluar rumah pukul 6.30 kerana urusan anak-anak dan yang paling penting skali sebab nak rebut parking..aku malas nak besesak dgn kereta yang banyak di jalanan..maklumla..biasa di Jasin mana ada jalan jammed..
Serius..tengah berbincang

Hasil perbincangan..erk
Macam sibuk jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...