Pages

Tuesday, December 25, 2012

Melaka Wonderland

Cuti-cuti Malaysia...haha..itu untuk orang lain la..untuk aku yang tengah sarat menanti hari nie cuma cuti-cuti Melaka je la..tapi secara resamnya kalau pergi bercuti sendirian macam tak seronok pulak..so, kena la heret sama family yang lain..
tiket..buy 1 free 1
Emak pun terjebak sama..x dapek nak menolong nyo..sorry mak....harga tiketnya memang mahal la..tak dapat dinafikan lagi..kalau untuk musim cuti ni, harga dewasa RM30, kanak-kanak pula RM25..bayangkan la berapa ramai anak buah aku yang nak kena bayar nie..yang paling best untuk warga emas macam mak cuma kena bayar RM15 jer..tetap kena bayar la kan..tapi kalau jadi orang Melaka tak sampai lagi Melaka Wonderland pun macam tak best gak kan..hehe

Pak Zul melayan anak-anak buah pakai tag tangan
Mujur la aku penah beli pakej kat satu company nie..dah lama dah beli tiket ni cuma tak tau bila nak guna..since tiket nie pun expired 31/12/2012..so masa ni la aku nak perabihkan semua..dapat la jimat sikit duit abang aku membayar harga tiket..hahahaa..masuk sponsor oleh abang aku yang sulong..bila lagi nak perabih duit tokey nie..
ini la rupa tag yang kena lekat kat tangan
 Pada aku okey la tempatnya..tapi macam mandi tak puas sebab takde kolam untuk orang dewasa..sungai yang ada pun ditutup untuk penyelenggaraan..gelongsor yang paling tinggi pun ditutup entah untuk apa..mungkin sebab pernah ada kes kot kat situ..mungkin..

Sempat bergambar sebelum masuk
 Kawasannya besar..tapi kolamnya kecil jer..bila mandi dengan boya boleh terlanggar la orang lain..bila dah sampai kat kawasan gelongsor, rasa macam dah malas nak pergi kawasan kanak-kanak..bila dah sampai kawasan kanak-kanak malas nak pergi kawasan ombak..kenapa..?sebab kawasannya luas sangat..ada 3 tingkat..tingkat yang pertama kolam berombak..tingkat kedua, kawasan kanak-kanak...tingkat paling atas kawasan gelongsor..fuh!!
bergambar sebelum masuk dalam kawasan theme park
Kat kawasan air ni kalau tak bawa kamera pun tak pe..sebab ada jer camera man yang bertugas untuk ambil gambar kita kat dalam air..guna camera yang water proof  la..amik gambar, lepas tu lekatkan no siri tag dekat tag tangan..kalau kita rasa nak beli gambar tu, bawak je siri tag tu g kaunter yang disediakan..bayar..so, dapat la gambarnya..tapi aku berkecuali..malas..haha

Ainul Farhah seronok bermain ombak..
tergelak-gelak ainul farhah main ombak..
jenuh kak wawa nak tolak boya sambil lawan ombak..
yang ada kat atas boya tu rilek je sambil tergelak-gelak..
Mak macam tak berapa larat la nak jalan sangat..mujur ada trem yang bolah bawak mak jalan-jalan kawasan sekeliling..so, dapat la mak tengok tempat yang anak cucunya dok bermain..tak de la duduk kat satu tempat je...kawasannya pun panas sebab tiada pokok besar..mungkin belum besar kot..hm..

kat atas tren
 Tapi yang bagusnya ada surau disediakan dalam kawasan..walaupun agak jauh sikit dari kawasan kolam, tapi agak selesa..bersih dan luas..


ainul farhah terpinga-pinga atas tren

ni kawasan sungai yang ditutup sementara

join gak..

emak yang keletihan masih sempat tersenyum

kawasan gelongsor pandangan dari tren

macam-macam rupa

Umair dalam bola yang tengah dimasukkan angin

Umair kat dalam bola hijau tu..

Ainul farhah yang taku-takut nak masuk

mujur ada kak wawa tolong teman

dok dalam bola sambil tutup telinga..bising sebab tengah masukkan angin

angin dah masuk separuh

sempat posing lepas mandi

posing sebelum balik..seronok tengok kartun joget atas pentas


Tuesday, December 18, 2012

Gambar jer

 elok tengah mengemas rumah, datang si kecil ainul farhah...terkedek-kedek berlari membawa album gambar si abang masa masih baby..
"ni baby kita dah keluar ke ummi..?"
tergelak dengar..bila bagi tau tu gambar abang Umair Hariri, si adik tak mau percaya pula tu..so, ni antara gambar-gambar yang dapat diselamatkan..

 
gambar Umair di rumah Jasin masa umur lingkungan 3 tahun

tengah nangis kata nak amik gambar..terus senyum

baru dapat beg mainan..tu yang bergaya sakan tuh

Umair memang suka bergaya


suka buat 'peace'..tapi selalunya buat sambil tengok jari..takut buat 3 pulak

gambar masa di cameron

topi mesti nak sengetkan..


kan dah kate..suka buat peace
dari dulu sampai sekarang..tido mesti mata tak rapat
 
 GAMBAR AINUL FARHAH PULA..

masa kat hospital..keluarga datang berziarah

Ainul farhah berumur setengah hari

ainul farhah bersama atuk dan nenek

abang umair first time dapat tengok adik farhah

tu dia...masa baru habis pantang
 
masa dalam pantang lagi ni

ainul farhah bt zabani

ainul farhah masih dalam pantang
ooppsss..

abang baru belajar membaca

abang bersama mainan di rumah nenek yah

Umair Hariri dan Ainul Farhah

adik dan abang

lena tido dalam playpen

baru lepas cukur rambut oleh ayah

Saturday, December 8, 2012

happy anniversary

assalammualaikum...haha..lama x update..sibuk dengan urusan duniawi..ditambah pula anak-anak yang kena muntah2 +cirit birit..Ya Allah...kesian sungguh..sampai tak sanggup tengok keadaan anak yang macam tu..lima hari jugak la anak2 diuji dan teruji..

bersama bonda tersayang semasa hari pertunangan

Entry kali ni nak cerita pasal kawin masa muda2 dolu...ish..dah tua dah ke..?hm..bila sampai tarikh 3 disember jer mesti teringat zaman mula-mula nikah dulu..hehehe..
walhal aku bukannya jenis orang yang suka ingat dengan tarikh-tarikh keramat nie..birthday sendiri pun selalu lupa..inikan pula birthday en.suami..haha...

majlis  batal air sembahyang
 tapi jangan tak tau pulak..en. suami pun sama gak..tak pernah ingatnya tarikh-tarikh keramat nie..tapi aku pun jenis tak kesah..sebab sama jer 2X5...hadiah..?hmm kalau nak bagi tu tak yah tunggu tarikh keramat pun..rasa nak bagi, bagi je la..biasanya bagi bila dapat bonus la..ahaks..sempoi je..

selepas majlis akad nikah

3 Disember 2012...tahun ke 7 ulang tahun perkahwinan aku + en. suami...alhamdulillah..sepanjang 7 tahun ni dah banyak perkara suka duka yang kami lalui bersama..sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan jodoh yang serasi bersama en. suami..

wow..slim tak aku dolu-dolu..

aku berdoa agar ikatan kasih sayang antara aku dan en. suami semakin kuat dan kukuh...semoga kehidupan aku, en.suami dan anak-anak sentiasa diiringi dengan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat..

majlis resepsi..
 teringat masa majlis batal air sembahyang dulu..boleh pulak en.suami tak reti bukak gelang yang nak disarungkan pada tangan aku..lama la semua kena tunggu..adush!!! kenapa la tak terpikir nak berlatih bukak gelang sebelum majlis ari tuh..haha..

malu la kena suap..haha
 akhirnya...en. pengapit yang tolong bukakkan..nasib la boleh..kalau tidak...mau jenuh en. cameraman nak menunggu untuk amik gambar..alhamdulillah,..walaupun beza umur antara aku dan en. suami sampai 8 tahun, tapi tetap dapat restu dari kedua belah pihak..semoga kami bahagia hingga ke syurga hendaknya.

hari bahagia bersama x-boyfriend yang kini menjadi suami
 memang pada mulanya aku memang tak suka dengan en. suami nie..dah la aku pandang en. suami ni macam tua la untuk aku..haha..lepas tu hari-hari la en. suami ni datang melepak dekat meja aku..aku memang tak suka la sebab banyak mata yang memandang..entah macam mana Allah bukakan hati aku untuk suka dan terus jatuh cinta pada en. suami..syukur..

majlis yang kena bersopan santun
tapi masa tu kami bercinta senyap-senyap..dekat sekolah macam takde apa-apa hubungan je..tapi keluar gak g dating kat luar..hehe..cover line takut student nampak..semua kawan-kawan pun tak tau yang kami tengah bercinta..ada yang siap rekemen dengan adik lagi...tapi bila masa kami edarkan kad jemputan semua terkejut..haha..alahamdulillah..Allah maha mengetahui segalanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...