Pages

Sunday, March 25, 2012

Coklat vs dadih


assalammu'alaikum... mesti pembaca tertanya2 kenapa la aku letak tajuk entry macam ni..sebenarnya nak cerita pasal obsessnya aku dengan coklat ni pada satu masa dulu..sampai aku boleh tidur pukul 2 hingga 3 pagi hanya kerana nak siapkan coklat yang ingin dijual..JUAL?! hehe..bukan aku yang jual..aku cuma buat saja..lepas tu minta jasa baik kakak ipar jual di sekolah..dekat sekolah aku tak boleh jual..coklat tak berapa mendapat permintaan..sebab pelajar sekolah aku lebih suka dengan makanan berat berbanding dengan makan coklat..
Ini lah antara coklat yang dibuat..


Coklat yang siap dibungkus..

Cubaan membuat coklat sebagai hadiah kepada seorang sahabat


Masa ni memang tengah 'kemaruk' membuat coklat..kalau dah mula membuat coklat nie memang sampai terleka..x perasan subuh dah menjelma..en. suami sangat menyokong minat aku ni..sehinggalah en. suami perasan yang aku x duduk rehat langsung since balik sekolah sampai tengah malam..


coklat bunga..

balik sekolah  +  solat asar  + prepare dinner (sambil mencairkan coklat ) +  solat maghrib  +  dinner (sambil basuh baju ) + kemas dapur (sambil bancuh coklat dengan warna) + solat isyak  + mula buat coklat...  itu lah rutinnya..terus en. suami hint suruh berhenti buat coklat..aku buat tak paham je..

bentuk bunga gak..
lama kelamaan en. suami mula tidak tahan..tidur ku sehingga mencecah pukul 2 pagi setiap hari..walau pun pada waktu sekolah..en. suami pun mengeluarkan 'pekeliling' suruh aku berhenti dari buat coklat...huhu..selamat tinggal coklat...sedih..tapi aku tetap akur...coklat memang melalaikan..

hehehe...


bentuk lebah...
aku mula mengubah rutin harian..balik sekolah + solat asar + prepare dinner + solat magrib + basuh baju + dinner +  solat isyak + tengok tv wif anak2 + tido...nampak macam rutin yang sihat..hmmm



siap sedia untuk dijual




Malangnya rutin itu hanya bertahan untuk seminggu sahaja..lepas tu aku dah mula bosan...cuba alternatif lain untuk berniaga...aku terpandang dadih..hehe...



bentuk topi..Maka mula la operasi untuk berniaga dadih..mula dengan mengira modal asas dan membuat survey kedai-kedai yang jual bahan yang murah...


lapisan kedua coklat + mangga

Mula menjual dengan 'dadih plain' (satu warna) dan ditambah dengan buah nata d coco..kemudian surf kat google...dapat pula idea untuk buat 2 layer...lepas tu cuba pula 3 layer..dan kadang2 'ter'buat sampai 4 layer...


Alhamdulillah...en. suami masih lagi menjadi penyokong kepada hobiku ini..untuk mengelakkan en. suami mengeluarkan pekeliling sekali lagi, aku pun buat dadih berpada-pada..buat sikit...rehat banyakk...kemudian baru sambung buat dadih semula...


En. suami pula menjadi QC kepada dadih yang aku jual...kurang gula la...jangan letak gula tiruan la...letak penuh sikit la...haha...alhamdulillah dan terima kasih kepada en. suami yang sentiasa menyokong..

dah siap...coklat + mangga + epal + keladi..

Kini aku la penjual dadih itu..seronok sebab aku dapat jual di sekolah sendiri dan sekolah en. suami juga..
"cikgu buat la blog jual dadih online.." saranan dari anak didik...huhu...sekarang ni pun tak cukup tangan...apa pun aku masih sedar yang aku ni masih lagi seorang guru..satu profession yang mulia...

Wednesday, March 14, 2012

Pesta Buih

Sempena cuti sekolah nie..anak2 sibuk la mengajak sepupu semua datang bertandang ke rumah..saja mencari kawan la...so bila dah berkumpul tu macam2 la pekerjaan yang dibuatnya..ni salah satu aktiviti yang paling Umair Hariri suka...main buih!!!

bersiap sedia untuk meluncur...sapukan buih pada tapak selipar..

Tu dia...sapu pula air sabun pada gelongsor..baru boleh gelongsor laju sket..

gosok kuat2 sket...

tengok tu..habis semua tempat penuh sabun..hmm..

Kapal Selam ASD Quessant Agosta

       Semalam sempat kami sekeluarga berjalan2 di Tengkera...hajat di hati saja nak pusing2 tengok jalan baru..terus melekat pulak kat sini..hehe..kat Muzium Kapal Selam pertama negara..hoho..kapal selam atas darat...Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan laut yang ditambak dengan pasir..

Keadaan depan muzium..nampak macam kawasan pembinaan jer..hehe..
En. suami berlatar belakangkan  kawasan pembinaan (sebelah muzium)
Pintu Masuk Muzium..he..sempoi..
       Bayaran masuk RM 1 untuk dewasa..RM 0.50 untuk kanak-kanak..murah jer kan..ye la sebab masuk bawah kapal selam jer..bukan masuk dalam kapal selam..aku macam x puas ati betul sebab x dapat masuk dalam kapal selam tu..mula la mulut bising2 dekat en. suami..hehe...dengan tenang en. suami cakap "dalam tu kecik jer..masuk 2 orang pun kena jalan mengiring..kalau semua orang nak masuk jenuh la pulak kena beratur.."hehe...ye x ye jugak kan..
Gambar bahagian depan kapal selam atas darat..
Gambar dari bahagian belakang kapal selam
   Tapi rasanya x salah kalau dia buat tangga pada sesiapa yang nak masuk..beratur pun x kesah la..hehe..nak jugak tu...mungkin juga diaorang x bagi masuk dalam sebab bahagian dalam tu digunakan untuk mereka membuat latihan amali sebelum turun ke dasar laut dalam..ok, boleh terima alasan tu..:)

he...ainul farhah yang bosan sebab x paham apa2..

besar tau kapal nie...
gambar atas gambar...saat2 kapal selam sampai ke Melaka
pun gambar atas gambar juga...bahagian dalam kapal selam..
kipas kapal selam..kalau letak kat ruang tamu rumah aku nie...mau penuh satu ruang..
gambaran kapal selam dari tepi..panjang wooo...
candid...gambar umair yang tengah menggeliat sbb baru bangun tido..
Mereka yang aku sayangi..
ni kat pantai buatan..sebelum sampai muzium..tapi x boleh mandi..bayak lumpur..
geli pijak pasir...apppaalaaa....
Tiket..bayaran masuk RM 1 jer..

Monday, March 5, 2012

LADAP 1 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

18 Februari yang lepas SMK Iskandar Shah ada buat satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)...buat kat bilik tayang jer..tajuk yang dibentangkan ialah Jadual Skala Ujian (JSU)..Bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari..tapi pukul 10.00 ada rehat sekejap la..
Pada mulanya memang semua guru sangat fokus..tapi bila mata mula layu, masing- masing dah mencari alternatif la..hmm..meh tengok gambar yang sempat aku candid..
Syoknya makan jeruk..

Cik Nafsiah pun makan jeruk jugak..

ibu mengandung sampai bawa maruku dalam balang lagi..

En. Zainudin sedang memberi taklimat 

Lim n Siew yong mengunyah jeruk..

Pn. Laila x sedar gambarnya sedang dirakam..

Tn. Hj. Zolkaply..boss sedang memberi taklimat

Majlis Hi hi bye bye..Pn. Munira..



Beberapa hari yang lepas, kitaorg ada ke Windmill Bukit Beruang..saja meraikan kak Munira yang dah naik pangkat jadi GKMP..wow!..Kiranya nie macam majlis syok sendiri la..sebab yang terlibat pun x ramai..majlis bisik-bisik..hehehe..

Makanan yang kami semua order untuk lunch kami pada hari ini

sedap kan..? kan..? kan..?
Mereka yang terlibat..sempat posing sebelum balik

kak munira..orang yang dirai sempena perpindahan ke SMK Assyakirin
Muka kelaparan sebelum makan


bersama kak roidah..ketua panitia Matematik


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...