Pages

Saturday, September 26, 2020

Hidup itu ujian

 Hidup memang susah. Walaupun seseorang itu dilimpahi kekayaan dan kesenangan, dia sebenarnya sedang susah juga. Susah nak jaga hati dari dosa-dosa yang halus, seperti riya' dan takabbur. Ada yang diserang susah dalam bab nak kekalkan kekayaan dan kesenangan.


Jadi, jangan fikir orang kaya tak susah.


Semua orang menghadapi kesusahan masing-masing. Kerana dunia ini tempatnya ujian.


Dan ujian akan terus datang menyapa insan sehinggalah kehidupannya tamat. Selepas satu ujian, akan datang lagi ujian yang lain. Kalau bukan dalam bentuk kasar, dalam bentuk halus. Kalau bukan dalam bentuk langsung, dalam bentuk secara tidak langsung.


Menjadi antara persiapan utama untuk kita mengharungi kehidupan dengan baik ialah mempersiapkan mental dan spiritual kita untuk menghadapi ujian demi ujian ini.


Mental & spiritual yang sabar, cekal dan tabah sahajalah yang akan mampu mengharungi siri ujian ini.


Mental & spiritual lemah akan kepenatan. Dan akhirnya Tuhan akan menjadi sasaran untuk dipersalahkan.


"Mengapa aku dah banyak sedekah, masih diuji lagi?"

"Mengapa aku dah jaga solat, masih miskin?"

"Kenapa aku dah usaha, dah berjaya, Allah uji pula dengan kegagalan?"


Hidup ialah ujian.


Jika Allah sambung kehidupab kita pada hari yang baru, tandanya kita perlu bersiap untuk diuji.


Mengapa kita diuji?


Kerana dunia hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang abadi untuk kita kekal selama-lamanya di sana. Maka dunia menjadi tempat kita disaring, sama ada ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita. Lantas kita diuji.


Bukanlah kerana Allah tidak tahu. Allah Maha Tahu. Tetapi sebenarnya untuk kita sendiri yang tahu kondisi diri kita.


Kita tak dapat nampak iman. Tapi bila kita diuji dan kita marah-marah pada Tuhan, kita sudah boleh agak macam mana rupanya iman kita. Dari situ kita dapat agak-agak di mana pengakhiran kita. Keimanan itu ialah medan amal, bukan kata-kata. Cakap kencang "aku beriman" semua boleh cakap. Tapi keimanan hanya akan terzahir apabila digegarkan dengan ujian. Baik kasar atau halus, baik langsung atau tidak langsung.


Mujurnya, selagi masih hidup, selagi itu kita masih berpeluang memperbaiki diri. Mempertingkatkan iman. Memperkasa kualiti mental dan spiritual kita.


Dari ujian, kita belajar.

Dan terus menerus mempertingkatkan diri.

Proses yang akan berjalan sepanjang hayat.


Kerana selagi hidup,

selagi itu kita akan teruji.


Muhasabah.

Cnp hilal asyraf

Friday, September 18, 2020

Kematangan fikiran

 Cantik Nukilan Ini...


SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN


1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 


2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 


3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 


4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 


5. Kita melakukan sesuatu hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 


6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 


7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. 


8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak . 


9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".


Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Cnp

Thursday, September 10, 2020

Allahuakbar

 Kuatlah wahai HATI, tabahlah wahai JIWA.. JANGAN LEMAH 


Tatkala Dia mendatangkan ujian..pandanglah dengan pandangan iman. Di saat Dia mengirimkan musibah..hadapilah dengan hati yang tabah. Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba...


Musibah ibarat ombak yang berlabuh di persisiran pantai, semakin kuat ombak, semakin banyak pasir yang terhakis.


Walau Sebagaimana kuatnya ombak badai melanda, pasakkan iman di dada.


Kau kena kuat! Jangan biarkan orang lain tahu yang kau sebenarnya lemah. Walau kau sendiri rasa tak mampu untuk berdiri apalagi berlari.  Allah ada dan sentiasa ada. 


Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri. Walau hidup ini dirasakan terlalu sukar untuk dilalui, usah gentar duhai diri. Sang Rabbul Izzati ada menemani untuk di setiap keadaan dan situasi.


Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh. Bertahanlah. Bertabahlah.


Pada DIA ada penawar segala beban dan duka. Bukankah 99 sifatNya itu sudah cukup meyakini untuk menyerahkan segala harapan dan keinginanmu? 


Sahabat.. simpanlah keluh kesahmu daripada pandangan manusia walau sedikit, kelak dikhuatiri kau tak punya waktu untuk mengadu pada Dia, Pencipta dirimu juga diriku...


Allah akan menenangkan, kalbu yang terkoyak kepedihan. Apapun alasan, kembalikan pada sang pemilik keajaiban, hingga hati kembali diletakkan sempurna dan di sembuhkan.


Tersenyumlah.. Ujian dan pedih jiwa akan menyerah pada sujud sepertiga malam yang tak kenal lelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...