Pages

Tuesday, April 28, 2020

Virus covid 19


18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭


Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Salam Ramadhan Pkp fasa 4




Baru sahaja diumumkan pkp fasa 4..dan hari ini adalah hari terakhir untuk pkp fasa 3.. Dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020..mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku.. Atas apa yang telah tersurat.. Ramai sahabat yang bingung dan termanggu atas pengumuman lanjutan pkp ini... Tak kurang juga ibu dan bapa pelajar aku di sekolah..Banyak keluhan tanpa sedar..


Pagi tadi.. Ada seorang bapa pelajar yang sebenarnya adalah seorang guru juga.. Tapi guru disebuah sekolah yang agak mahsyur.. Sekolah yang bukan calang-calang.. Sekolah yang kalau tiada gurunya, pelajarnya boleh bergerak sendiri.. Tujuan utama menghubungiku adalah semata untuk bertanya tentang bekalan kerja sekolah untuk anaknya yang merupakan pelajar aku yang agak lemah..
Bimbang tentang bekalan kerja rumah yang kurang dibekalkan.. Aku hanya tersenyum..walau aku tau dia tidak dapat melihat.. Senyum mendengar tuntutan latihan online.. Senyum mendengar tuntutan kerja rumah.. Senyum mendengar keluhan seorang bapa yang juga merupakan seorang guru..



Keluhan demi keluhan tanpa sedar seolah berkata dengan cermin kerana dia juga seorang pendidik.. Meminta-minta untuk dibuat latihan online yang lebih lagi untuk anaknya agar tidak ketinggalan..meminta tanpa sedar tentang keupayaan anaknya yang berada di kelas yang hujung untuk memahami pelajaran secara maya.. Allahuakbar.. Kami guru disekolah bukan tidak membekalkan kerja atau latihan kepada pelajar.. Bukan kami tidak bimbang dengan anak didik kami yang bakal ketinggalan.. Bukan kami melupakan anak didik kami.. bukan kami sengaja membiarkan anak didik kami tanpa hala tujuan.. Bukan kami sengaja biarkan anak didik kami lupa dengan pelajaran..



Tapi kami bagi mengikut kesesuaian.. Mengikut aras kebolehan pelajar agar tidak membebankan pelajar dan penjaga.. Bukan semua pelajar mempunyai data internet yang laju untuk download video dan gambar yang dibekalkan oleh guru.. Bukan semua pelajar berkemampuan dari pengetahuan untuk melaksanakan tugas tanpa bimbingan.. Bukan semua penjaga dapat membantu anak mereka dalam menyelesaikan masalah.. Semua itu perlu dititikberatkan.... semua itu harus difikirkan.. Supaya tidak ada yang rasa ketidaksamarataan.. supaya tiada ibu bapa yang lelah memikirkan anak-anak yang ketinggalan..


Maka tidak salahlah netizen asyik menyalahkan guru.. Maka tidak salah lah kalau netizen asyik mencari salah guru kerana guru juga yang memulakannya..
AllahuAkbar.. Maaf jika ada yang terasa..

Saturday, April 25, 2020

salam Ramadhan



assalammualaikum..salam sejahtera.. Salam Ramadhan..
Ramadhan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)..Ramadhan yang pertama kali lama berada di rumah..Ramadhan yang pertama kali cuti lama.. Ramadhan yang lain dari yang lain..InsyaAllah semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan lebih dari Ramadhan yang sebelum ini.. InsyaAllah semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling terbaik untuk setakat ini..amin



Alhamdulillah kalau sebelum ni aku hanya seorang diri bertarawikh di rumah.. Tahun ni pertama kali dapat bertarawikh satu keluarga bersama di rumah.. Allahuakbar indah saat bersama.. Setakat tempoh 40 hari pkp ni.. Aku memang betul-betul menikmati tempoh pkp ni.. Sebelum ni memang rasa bosan.. Ada rasa ketidaktahuan apa yang perlu dilakukan.. Tapi bila masuk tempoh pkp 2..aku dan keluarga dah boleh membiasakan diri dengan keadaan.. Sebenarnya aku memang jenis yang suka memerap di rumah.. Cuma jadi sedikit susah bila hendak keluar membeli barang perlu memakai penutup muka.. Perlu sentiasa guna hand sanitizer.. Bila balik ke rumah perlu terus mandi.. Jadi agak sedikit leceh..
Semoga covid 19 ini segera hilang dari muka bumi ini.. Sesungguhnya Allah maha berkuasa.. Allah sedang menguji kita sebagai hambanya.. Hamba yang banyak berdosa.. Ya Allah.. Ampunkanlah semua dosa kami ya Allah..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...