Assalammualaikum.. kali ni bercerita tentang hotel pula.. bercuti di the pines Melaka..aha dalam Melaka je pun.. malas nak jalan jauh tapi nak mood bercuti..jadi itulah penyelesaiannya..jadi kami jadi pelancong la sepanjang berada diThe Pines ni.. hehehe
Mula-mula tu puas juga aku godak internet nak cari hotel yang tip top di Melaka..Alhamdulillah Allah permudahkan..terjumpa The Pines ni.. cari bilik yang ada kolam bersebelahan dengan bilik,, hehehe buka je pintu bilik dah nampak kolam,, wah!!! siapa lagi yang seronok bila nampak kolam ni.. mestilah Adi.. budak tak takut air.. mujur juga kolam tu separas 2.8 kaki je.. tak bimbang sangat lepaskan anak-anak mandi..
Tapi jangan ingat kolam kanak-kanak je yang ada di sini.. kolam orang dewasa pun ada juga..kolam orang dewasa berada di hujung bangunan.. tapi kalau ikut kolam, ada pintu kaca yang membahagikan bahagian kanak-kanak dan orang dewasa..boleh buka, tapi kancingnya,,setakat Adi, tak pandai buka kot.. Keselamatan diutamakan..
Bilik yang aku tempah ni berada di tingkat 7.. pemandangan siang dan malamnya.. MasyaAllah.. sangat cantik.. bersebelahan pula dengan sungai Melaka yang sentiasa penuh bot River Cruisenya... kalau duduk di hujung bangunan memang leka perhatikan kawasan persekitaran dengan angin bertiup sederhana tapi sentiasa.. fuhh syahdu..
Waktu malam, pintu yang bersebelahan dengan kolam boleh dikunci.. kemudian akan jumpa satu lagi pintu gelongsor kaca.. InsyaAllah selamat dan tiada gangguan.. tapi bahagian yang paling seronok sekali bila dengar bunyi kocakan air bila ditiup angin.. huhuhu macam berada di tepi air terjun... seronok je layan,,,,
oh ye.. aku ambil juga pakej berserta sarapan.. seronok sangat bila tengok makanan yang pelbagai.. ada laksa nyonya.. ada yong tau fu.. ada kuew tiow.. banyak lagi la.. kalau air pun begitu juga.. kopi memang segala macam kopi yang ada.. latte, cappucino, dan macam-macam lagi.. jus pun ada,, guava, mangga dan entah apa-apa jus lagi yang ada.. banyak sangat pilihan..salad dengan desert memang jangan tanya la... banyak sangat...
Secara keseluruhannya sangat menyeronokkan... tapi apa pun aku masih berpegang.. keseronokan sesuatu percutian bergantung kepada dengan siapa kita bercuti.. kali ni bercuti denga keluarga...suah pasti kebahagiaan yang dicari.. cukupla tu..hehehe
Monday, December 12, 2016
Wednesday, December 7, 2016
Pantai Puteri
Assalammualaikum... cuti sekolah kembali lagi.. bila cerita tentang cuti ni cikgu cikgi la yang paling seronok..
Cuti kali ni aku memang rancang bercuti awal minggu..sebab nanti 6 dec en.suami dah mula temujanji dengan hospital besar melaka.. semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Pagi 27 Nov 2016.. semua yang terlibat (macam ramai sangat).. dah mula berkumpul di Pantai Puteri..aku memang suka dengan pantai di sini sebab lokasinya bersebelahan dengan jalan besar..
sesuai untuk bawa mak yang tidak kuat untuk berjalan jauh.. tambahan lagi ada tandas awam yang disediakan..senang untuk menukar pakaian..
Adik aku buat sukaneka..memang aku akui susah untuk berurusan dengan orang yang lebih tua.. tapi alhamdulillah semua jenis yang boleh ikut serta..
Aku..?seharusnya penaja hadiah..hehe.. nak juga ambil bahagian.. baik!!jom layan gambar..😃
Subscribe to:
Posts (Atom)